Tetamu Rindu

Tuesday 27 November 2012

Digari Cinta ( Bab 4 )


“ MACAM mana Uzair kamu dah fikir tentang permintaan umi tempoh hari? Sekarang dah genap seminggu kau tak bagi jawapan lagi. Umi nak kamu bagi jawapan sekarang. Kamu setuju tak dengan pilihan umi?” tekan Hajah Khadijah. Dia memandang wajah anak lelakinya penuh dengan harapan. Kain yang dilipat di letak di sisi.

Uzair meraup wajahnya. Apa yang aku nak cakap? Aku tak sempat nak fikir dengan lebih lanjut pun pasal hal ni. Kerja kat pejabat berlambak. Kes banyak yang tak selesai lagi. Makin hari makin stress aku dengan soalan umi ni. Nak kahwin ke tak nak ni? Sakitlah kepala aku fikir pasal benda ni. Jerit batin Uzair.

“ Umi kalau kita tangguhkan dulu boleh tak? Uzair belum sedia lagi. Banyak kerja yang perlu Uzair selesaikan sebelum berkahwin. Uzair belum sedia nak pikul tanggungjawab,” balas Uzair. Jawapan yang dirasakan cukup selamat untuk menyedapkan hati uminya namun lain pulak jawapan yang diberikan Haji Yusuf.

“ Kamu boleh pikul tanggungjawab kamu pada negara takkan tanggungjawab kamu dalam keluarga kamu tak boleh pikul? Takkan penjahat kamu boleh tangkap, seorang isteri pun kamu tak boleh handle. Kamu tak payah nak beri alasan pada kami Uzair. Kamu bukan tak sedia, tapi kamu memang tak nak kahwin kan?” tempelak Haji Yusuf tepat kena pada batang hidung Uzair. Uzair menunduk.

“ Uzair, perkahwinan itu satu perkara yang mulia apatah lagi kamu ni yang cukup segalanya. Kerja, agama, ekonomi kamu juga kukuh. Kamu ni dah wajib kahwin tahu tak? Kahwin ni sunnah Rasulullah s.a.w. Uzair. Jangan kamu ambil remeh. Kalau kamu mendirikan rumah tangga maka lengkaplah separuh agama kamu,” sambung Haji Yusuf lagi menasihatkan Uzair yang hanya terdiam. Itulah Uzair, seorang anak yang mendengar kata. Tidak pernah membantah jika umi dan ayahnya memberikan nasihat.

Uzair mengeluh berat. Bukan niat dia untuk mengambil remeh soal perkahwinan tetapi hatinya masih belum dapat menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya. Perkahwinan merupakan satu percaturan sama ada kebahagiaan ataupun sebaliknya. Mampukah dia hidup bahagia dengan seorang wanita yang tidak pernah dia kenali.

Tetapi Uzair tidak sanggup menghampakan permintaan umi dan ayahnya yang begitu berharap agar dia mendirikan rumahtangga. Perlukah aku berkorban untuk melihat kebahagiaan umi dan ayahnya? Benak Uzair tertanya- tanya.

Lama Uzair termenung memikirkan baik buruk permintaan umi dan ayahnya. Akhirnya dengan kuasa ALLAH, Uzair menarik nafas dan mengangguk. Dia harus berkorban untuk melihat umi dan ayahnya bahagia.

“ Kalau macam itu apa yang Uzair boleh cakap, Uzair ikut je kehendak umi dan ayah. Uzair tak nak jadi anak derhaka. Kalau perkahwinan Uzair boleh beri kebahagiaan pada umi dan ayah, Uzair terima. Uzair terima pilihan umi dan ayah,” ucap Uzair perlahan tetapi cukup didengari oleh Haji Yusuf dan Hajah Khadijah.

Hajah Khadijah meraup wajahnya tanda syukur dengan jawapan yang diberikan oleh Uzair. Dia melebarkan senyuman pada suaminya yang turut tersenyum senang hati. Tidak sia- sia dia mendidik Uzair dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agama akhirnya anak lelakinya itu menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa.

Lantas, Hajah Khadijah mengucup ubun- ubun Uzair dengan penuh kasih sayang. Dia bangga dengan Uzair yang tidak menghampakan permintaannya.

“ Alhamdullilah, umi bersyukur dapat anak yang soleh macam Uzair ni. Umi akan selalu berdoa agar Uzair mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Umi yakin Uzair takkan kecewa dengan pilihan umi dan ayah. Orangnya baik, sopan santun dan comel. Umi tahu Uzair akan suka pada dia,” ucap Hajah Khadijah. Haji Yusuf hanya terangguk.

“ Uzair tahu umi akan pilih perempuan yang baik- baik untuk Uzair,” balas Uzair lemah.

Ya, aku lakukan semua ini untuk umi dan ayah. Siapalah perempuan yang berani nak jadi isteri aku tu. Kau tahulah nasib kau nanti, kau jangan salahkan aku kalau aku tak dapat beri kasih sayang aku pada kau. Bukan salah kau tapi kerana kau seorang perempuan. Sorry aku memang tak boleh blah dengan perempuan.

“ Kalau begitu, bang esok bolehlah kita hantar rombongan meminang. Dijah dah tak sabar nak sambut menantu ni. Esok bertunang, bulan depan kahwinlah…”

“ Apa umi? Bulan depan? Cepatnya.” Uzair terkejut. Bulat bijik matanya memandang wajah ceria Hajah Khadijah.

“ Umi tak sabarlah Uzair nak sambut menantu baru dalam rumah ni,” balas Hajah Khadijah gembira.

Uzair menggelengkan kepala melihat telatah uminya manakala Haji Yusuf hanya tergelak kecil.

 

ARISYA merenung jari manisnya yang tersarung cincin belah rotan tanda dia sudah menjadi tunangan pada lelaki yang dia tidak pernah kenal sama sekali. Tak sangka sungguh aku dah bertunang, bulan depan aku nak kahwin. Haish, cepatnya masa berlalu. Bisik hati kecil Arisya.

Dia melemparkan pandangan pada wajah ibu dan abahnya yang riang melayan tetamu yang hadir pada majlis pertunangannya yang diadakan secara sederhana. Bakal mentuanya turut ceria bersembang dengan ibu dan ayahnya di ruang tamu. Adik- adiknya masih lagi di meja makan. Hanya dia yang duduk termenung di hadapan pintu bilik melihat keluarganya yang tersenyum bahagia. Akhirnya Arisya turut tersenyum bahagia.

‘ Hai macam mana agaknya rupa tunang aku tu agaknya. Muhammad Uzair Darius bin Haji Yusuf. Itu sahaja yang aku tahu pasal dia. Pekerjaannya pula polis di IPD Kuantan berpangkat inspektor pulak tu. Umur baru 28 tahun. Tapi kalau nak di bandingkan dengan aku, aku lebih muda daripada dia. Mesti dah berkedut muka tunang aku tu kan? Eii apalah nasib nak jadi pengurus punya pasal aku kena kahwin dengan orang tua,’ monolog Arisya sendirian.

Kemudian lamunannya diganggu dengan bunyi orang memberi salam. Dia cuba menjenguk melihat gerangan yang datang bertandang ke rumahnya malam- malam buta ni. Takkanlah tunang aku kot. Tiba- tiba sahaja hatinya berdenyut tidak tentu hala.

Arisya mengintai dari sebalik dinding. Darahnya berderau apabila melihat figura lelaki itu berada di dalam rumahnya sedang bersalam dengan ibu dan abahnya. Dengan selamba lelaki itu duduk di sebelah Hajah Khadijah dan tersenyum mesra pada adik- adiknya yang lain.

‘ Ya ALLAH katakan yang semua ini hanya khayalan. Katakan!’ Jerit hati Arisya. Dia bagaikan ingin pengsan memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

“ Aris, mari sini nak. Ini hah tunang kamu dah sampai ni!” suara Puan Aliana yang menjerit membuatkan Arisya tersedar ke dunia nyata. Apa ibu cuba ulang balik ayat yang terakhir tu?Siapa tunang aku? Takkan mamat sengal tu! Tak nak!

“ Aris, ya ALLAH budak ni kenapa sorok belakang dinding ni. Marilah keluar, takkan kamu tak nak jumpa tunang kamu tu. Selama ni kamu belum pernah jumpa dia, sekaranglah masanya kamu nak kenal…” entah dari mana Puan Aliana muncul sambil menepuk lembut bahu anaknya.

Arisya serba salah. Dia rasakan dunia berhenti berputar.

“ Siapa tunang Aris ibu?” soalnya seperti orang bodoh.

“ Kamu ni mamai ke apa Aris? Itulah tunang kamu. Dah jom berkenalan nanti taklah kamu menyesal kahwin dengan dia,”  ujar Puan Aliana sambil menarik lengan Arisya yang membatu.

‘ Aris bukan mamai ibu, tapi Aris rasa macam nak tembak diri sendiri je. Aris tak nak kahwin dengan mamat sengal tu. Tak nak!’

Namun kata- kata itu hanya bergema di hati Arisya. Dia hanya menurut langkah ibunya yang menarik tangannya menuju ke ruang tamu.

Uzair tersenyum kepada bapa mentuanya yang tersenyum ramah. Bakal adik- adik iparnya turut bersalam dengannya. Dia terasa seperti di terima dalam keluarga yang besar ini. Tetapi ada satu yang bermain di fikiran Uzair saat ini, mana bakal isteri aku?

Saat kepalanya menjenguk ke ruang tengah rumah dua tingkat itu, muncul Puan Aliana dengan seorang gadis yang memakai baju kurung berwarna putih dan bertudung putih sedang menunduk memandang lantai. Uzair mengecilkan matanya memandang wajah gadis itu. Macam pernah aku nampak je tunang aku ni...

Sedang asyik dia berfikir kemudian gadis tersebut mengangkat muka dan membalas pandangannya. Terjojol bijik mata Uzair yang sememangnya besar melihat wajah tunangnya. Oh tidak bala apakah ini!

“ Awak?!” ucap Uzair sambil terjerit. Dia bingkas bangun. Semua mata memandang ke arahnya.

“ Ya saya, kenapa?” tanya Arisya selamba. Dia ingat dia seorang je yang terkejut? Aku ni dah macam nak terkentut tengok dia jadi tunang aku. Kenapalah bumi Kuantan ni kecik sangat sampaikan yang kena kahwin dengan aku pun orang yang sama yang suka cari pasal dengan aku?

“ Macam mana awakk….” Uzair kehilangan kata.

Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilalui saat ini. gadis yang garang yang suka cari pasal dengan dia, kini menjadi tunangannya. Kalaulah dia tahu dia akan menentang sekerasnya perjodohan ini. Tak nak aku kahwin dengan singa betina!

“ Uzair kenapa ni? Kamu kenal ke dengan Aris?” soal Hajah Khadijah kebingungan. Dia bertambah bingung melihat wajah Uzair yang berkerut.

“ Tak…baru kenal umi…” balas Uzair tersengih.

Giliran dahi Arisya pula yang berkerut. Dia cakap dia tak kenal aku. Memanglah dia tak kenal aku tapi dia pernah jumpa aku. Memang sengaja nak sakitkan hati akulah mamat ni. Arisya mengetap gigi. Kalau bukan di hadapan keluarga mereka, memang mamat sengal tu akan diberi ceramah percuma.

“ Lah umi ingat kamu berdua saling kenal. Buat saspen je Uzair ni,” balas Hajah Khadijah tergelak kecil. Dia menarik kembali tangan Uzair supaya duduk di sisinya.

Uzair kembali melabuhkan punggungnya namun matanya tidak lepas daripada memandang wajah Arisya yang sedang tertunduk malu persis seperti perempuan melayu terakhir. Depan keluarga aku bolehlah kau berlakon tapi depan aku kau jangan harap boleh berlakon. Sopan santunlah sangat tapi perangai mengalahkan gangster sekolah. Terkumat kamit mulut Uzair membebel. Dia menjeling benci apabila Arisya memandang padanya.

Dengan selamba Arisya menjelirkan lidah pada Uzair yang memandangnya seperti ingin ditelan hidup- hidup. Dia ingat aku takutlah dia pandang aku macam tu. Lalu Arisya membuat mata juling pada Uzair. Dia melihat Uzair terkejut. Arisya tergelak kecil.

“ Kalau semua setuju majlis pernikahan kita buat bulan depanlah,” suara Hajah Khadijah memecah kesunyian.

“ Kami menurut je kalau itu yang dirasakan baik. Kami tak ada bantahan,” jawab Encik Zamry bagi pihak perempuan.

Haji Yusuf turut mengangguk. Setuju dengan kata sepakat yang dibuat. Anak sulungnya turut bersetuju jika majlis pernikahan dilakukan secepat mungkin. Kemudian dia melihat wajah anak lelakinya yang diam seribu bahasa Cuma mata anaknya itu tidak lepas daripada memandang wajah bakal menantunya. Haji Yusuf tersenyum.

“ Memang kita kena buat majlis tu cepat- cepat sebab ada orang dah tak sabar nak kahwin ni,” usik Haji Yusuf sambil menyiku Uzair yang tercengang- cengang.

Serentak semua yang ada di ruang tamu itu ketawa. Wajah Arisya semakin merah padam. Akhirnya dia minta diri untuk masuk ke dalam bilik. Bukan malu sangat Cuma malas nak membalas pandangan Uzair yang menyesakkan dadanya. Aku tahulah kau benci sangat pada aku tapi tak perlulah tengok aku macam nak telan. Aku ni manusia bukannya kambing. Getus hati Arisya.

“ Tengok Aris dah malu. Abang ni janganlah menyakat mereka. Biarlah mereka nak berkenalan sebelum nikah,” sampuk Hajah Khadijah.

Uzair terasa wajahnya panas. Malu juga apabila dia menjadi bahan bualan dalam majlis ini. Ni semua minah tu punya pasal. Kenapalah dalam ramai- ramai gadis kat Kuantan ni, dia boleh jadi tunang aku. Benci betul. Dengus Uzair.

 

ARISYA tergolek- golek di atas katil. Jam menunjukkan pukul 11 malam dan majlis pertunangannya sudah lama selesai. Saudara mara dan sahabat handai semuanya telah pulang ke rumah masing- masing. Arisya rasakan matanya belum mengantuk. Banyak perkara yang bermain di fikirannya berkenaan tunangnya. Dia masih belum dapat menerima kenyataan lelaki yang memanggilnya mak cik tempoh hari menjadi tunangannya dan bakal menjadi suaminya bulan hadapan.

Arisya meraup wajahnya yang keletihan. Kepalanya pening memikirkan perkara yang berlaku dalam hidupnya. Begitu mudah dia memberi persetujuan untuk mendirikan rumahtangga walhal umurnya masih lagi di alam remaja. Namun, hatinya sedikit pun tidak terasa terkilan dengan penjodohan yang di aturkan oleh ibu dan abahnya Cuma yang menyakitkan hati, kenapalah mamat sengal itu yang menjadi pilihan hati ibu dan abahnya. Dah tak ada orang lain ke?

“ Agak- agaknya mamat sengal tu nak tak kahwin dengan aku?” soal Arisya sendirian. Dia meletakkan lengannya di dahi sambil matanya tertancap di siling rumah.

“ Aku peduli apa kan dia nak atau tak kahwin dengan aku, janji dia kena kahwin dengan aku. Kalau tak aku tak boleh jadi pengurus restoren abah. Aku tak dapat laptop. Aku nak jugak tunjuk pada abah dan ibu yang aku ni anak yang berguna yang dapat memajukan restoren abah. Tapi aku tak rasa pun yang mamat sengal tu akan setuju nak kahwin dengan aku. Tengoklah tadi, pandang aku pun macam tengok alien. Ke make up aku ni over sangat? Tapi okey je aku tengok,” Arisya bercakap sendirian.

Dia menggaru- garukan kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya sudah kusut kerana terlampau banyak kali menggaru kepala. Sedang asyik dia mengelamun, tiba- tiba telefon bimbitnya berdering. Arisya mencapai telefon bimbitnya. Dia mengerutkan dahi apabila nombor yang cukup asing tertera di skrin telefonnya.

“ Hello?” ucap Arisya pendek selepas menekan punat jawab. Itu pun dia menunggu deringan kali yang ke tiga.

“ Hello, assalamualaikum. Hah, jawab pun naik lenguh tangan saya dail nombor awak ni. Susah betul nak jawab,” bebel pemanggil di hujung sana. Lelaki pulak tu.

Arisya memandang hairan telefon bimbitnya. Dahlah telefon aku malam- malam buta, lepas tu nak membebel. Siapalah agaknya ni? Ingat aku nak dengar ke bebelan dia yang tak berapa berguna tu. Buat sakit telinga adalah.

“ Wa’alaikummusalam. Awak ni siapa? Dahlah tak kenal. Tiba- tiba je nak marah. Ingat saya kisah sangat ke tangan awak lenguh,” balas Arisya tidak mahu mengalah. Dia ingat dia je yang boleh membebel. Aku pun boleh Cuma aku malas je.

“ Aik, kita pulak yang kena? Saya ni Uzair…” pemanggil di sana memperkenalkan dirinya.

“ Uzair? Siapa? Saya tak ada kawan nama dia Uzair. Maaf awak salah nombor…” ujar Arisya bersahaja.

“ Memanglah saya bukan kawan awak, saya ni tunang awak. Lupa ke? Oh, tak sangka saya akan kahwin dengan mak cik tua yang dah nyanyuk,” tempelak Uzair sambil tersenyum sinis.

Amboi, kasar betul tunang aku ni bergurau. Tapi macam mana dia dapat nombor telefon aku ni? Sekejap, tadi dia panggil aku mak cik tua yang dah nyanyuk? Kurang asam! Memang sengaja nak cari pasal dengan aku.

“ Oh, Inspektor Uzair. Ya, boleh saya bantu awak mamat sengal?” balas Arisya sambil mengetap gigi. Geram beb!

“ Memang sakit hati betullah bercakap dengan awak ni kan. Macam manalah umi boleh berkenan dengan awak untuk buat calon menantu. Kalau saya tahu awak pilihan umi, memang dah lama saya reject,”

“ Dan kalau saya tahu mamat sengal yang perasan bagus tu akan jadi bakal suami saya, lebih baik saya kahwin dengan apek tua yang jual sayur kat pasar!” balas Arisya tak mahu mengalah.

“ Saya lebih rela kahwin dengan mak cik cleaner kat pejabat saya daripada kahwin dengan mak cik tua yang gangster tahap dewa macam awak ni!” ucap Uzair geram. Ada ke patut panggil aku mamat sengal? Sengal sangat ke aku ni? Dia tu yang buat aku sengal!

“ Hah sudah. Kalau setakat awak call saya di malam- malam yang mulia ni setakat nak cakap pasal kesalan awak tu, baik tak payah. Buat sakit telinga saya je dengar suara awak yang macam katak sakit tekak. Awak nak apa?” tanya Arisya sedikit kasar menghentikan pergaduhan mereka.

“ Amboi, memang mulut awak ni tak pernah beli premium insurans kan? Sesuka hati je cakap suara saya macam katak sakit tekak. Eh, kalau tak ada perkara penting saya takkan bazirkan bil telefon saya ni semata- mata nak call awak. Buang duit, otak pun sakit,”

“ Oh, memang saya dah agak yang awak ni sakit otak atau dalam kata lain, gila!” sinis Arisya. Dia tergelak dalam hati kerana dapat mengenakan lelaki yang sombong itu. Dia dapat mendengar suara dengusan di hujung talian.

“ Awak tu yang sawan. Esok saya nak jumpa awak dekat taman belakang perumahan kita ni. Ada benda yang saya nak bincang. Penting!” ujar Uzair berterus terang. Hatinya semakin sakit apabila bercakap dengan Arisya. Gadis itu payah nak mengalah. Dia rasakan dirinya turut tercabar dengan sikap Arisya yang kasar.

“ Kan senang cakap terus terang macam tu. Tak payahlah saya penat mulut nak gaduh dengan awak. Baiklah esok saya tunggu awak kat sana. Sekarang saya nak tidur. Lama- lama bercakap dengan awak, kan tak pasal- pasal awak masuk dalam mimpi saya pulak. Saya tak nak mimpi ngeri. Okey, assalamualaikum…” ucap Arisya dengan satu nafas. Belum sempat Uzair membalas, Arisya terlebih dahulu meletak telefon. Dia mencampakkan telefon bimbitnya di sisi kemudian meletakkan kepala di atas bantal dan zzzzzzz…..

 

 

4 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.