Tetamu Rindu

Thursday 29 November 2012

Rindu Dalam Sepi (Bab 11 & 12)


BAB 11

MARDIYAH semakin bingung dengan sikap Ammar yang memusuhinya hampir setiap

waktu. Apa sahaja yang dilakukannya semua kelihatan tidak betul di mata Ammar.

Maklumlah orang sudah benci, kalau sudah benci buatlah baik sekalipun tetap dibenci. Kadang- kadang hal remeh- temeh pun lelaki itu akan besarkan. Apa nak buat dia hanya pekerja dan Ammar adalah majikannya.

“ Am ada?” sergah satu suara mengejutkan Mardiyah.

Dia mengangkat muka. Kelihatan Lydia sedang berdiri di hadapannya dengan riak sombong. Naik menyampah pula Mardiyah menengoknya. Jika tidak difikirkan gadis itu teman wanita Ammar memang sudah lama dia bagi ceramah percuma. Sudahlah pakaiannya mengalahkan Lady Gaga, rambutnya pula perang mengalahkan air bateri yang berkarat. Entah apa yang dipandang oleh Ammar pun Mardiyah tidak tahu. Memang kalau daripada segi rupa memang gadis di hadapannya ini cukup cantik dan sempurna.

“ Hoi, I tanya ni, Am ada ke tak? Yang duk termenung tu kenapa? Kerja malas tahu nak termenung je makan gaji buta ke you ni?” lancang mulut Lydia berkata- kata.

Memang tak sayang mulut agaknya minah ni. Sekali aku tempeleng bisu 40 hari. Mardiyah merungut di dalam hati. tanpa dia sedar dia tersenyum sendirian.

“ Yang you senyum sorang- sorang tu kenapa? Dah gila?” tambah Lydia lagi dengan nada yang geram.

Dia memandang Mardiyah yang ringkas berbaju kurung riau berwarna hitam dipadankan dengan tudung yang turut berwarna hitam. Pada Lydia, Mardiyah memang ketinggalan zaman. Langsung tidak pandai berfesyen. Memang nampak kekampungan dan tidak sesuai untuk menjadi setiausaha Ammar.

“ Bukan aku yang gila tapi kau.” Desis Mardiyah perlahan cukup untuk dia seorang sahaja yang mendengar.

“ Apa you cakap?” tanya Lydia. Dia terasa seperti mendengar Mardiyah berkata sesuatu tetapi tidak jelas.

Mardiyah mengeleng lantas dia tersengih cuba menutup malu.

“ Mana ada Cik Lydia. Cik nak jumpa Encik Am ke? Ada buat appointment tak?” tanya Mardiyah selamba. Anak mata hitamnya difokuskan tepat pada wajah jelita Lydia.

What? Appointment? You tahu tak I ni siapa?” balas Lydia dengan bongkaknya. Dia mengetap bibir tanda geram dengan setiausaha Ammar yang mengada-ngada ini.

“ Tahu. Cik Lydia la.” Jawab Mardiyah ringkas.

Sempat lagi dia menayangkan muka tidak bersalah walaupun muka Lydia sudah merah menahan marah.

“ I ni girlfriend Ammar dan I boleh jumpa Ammar bila- bila masa yang I suka tanpa perlu appointment you tak tahu ke?”bentak Lydia.

“ Siapa cakap? Masa saya kerja dulu, Encik Ammar ada cakap kalau sesiapa nak jumpa dia kena buat appointment dulu. So saya hanya menjalankan tugas.”

Mardiyah tersenyum hingga menampakkan lesung pipit di pipinya. Dia tidak akan bertolak ansur jika sudah melibatkan tugasnya lagipun perkara itu telah diperintahkan oleh Ammar dan dia hanya menurut.

What the hell? I nak cakap dengan Ammar sekarang dan I akan pastikan yang Ammar akan uruskan you!” marah Lydia.

Belum sempat Mardiyah membalas kata- kata Lydia, Ammar keluar daripada biliknya dengan wajah yang serius. Huh, Ammar mana pernah tak serius, asyik mencuka saja kerjanya. Bebel Mardiyah dalam hati.

Lydia tersenyum lebar. Heronya telah datang lantas tanpa menunggu lama dia mendapatkan Ammar yang memang setia menanti di muka pintu biliknya. Lengan sasa lelaki itu dipegang kejap hingga menimbulkan rasa meluat dalam diri Mardiyah melihat kemanjaan Lydia yang berlebihan.

“ Apa yang berlaku ni?” tanya Ammar. Matanya memandang tepat pada Mardiyah. Mesti perempuan ni buat kecoh lagi.

“ Sayang, you tengoklah secretary you ni. I nak jumpa you pun dia tak bagi. Dia suruh I buat appointment dengan you dulu. I bukannya customer you nak kena buat appointment. Sakit hati I tau.” Adu Lydia sambik kepalanya meluik lentok di bahu Ammar.

Mardiyah cuba menahan rasa melihat drama satu episode yang dilakonkan oleh Lydia di hadapannya. Rasa nak termuntah pun ada tapi dia tetap bertenang walaupun dia dapat melihat bunga- bunga api di wajah Ammar.

“ Mardiyah, betul ke apa yang Lydia bagi tahu?” soal Ammar dengan nada yang marah.

Perlahan- lahan Mardiyah menganggukkan kepala. Dia tertunduk kerana tidak dapat menentang pandangan mata Ammar yang tajam. Memang sejak dia mula bekerja lagi dia tidak dapat menentang mata Ammar dengan jangka masa yang lama. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

“ Apasal kau ni lembab sangat? Lydia ni kekasih aku takkan itu aku nak ingatkan banyak kali. Siapa kau nak halang dia dari jumpa dengan aku hah?”keras suara Ammar kedengaran walaupun nada yang perlahan.

Hati Mardiyah tersentuh. Dia cukup terhiris dengan kata- kata Ammar. Lelaki itu telah merendahkan dia di hadapan Lydia sehinggakan wanita itu tersenyum kemenangan.

“ Memang dia ni lembab sayang. Yang you ambik dia kerja kenapa? Dahlah kampung.” Lydia menambah untuk mencukupkan rasa meluat di dalam hati Mardiyah.

Ammar hanya mendiamkan diri tetapi dia masih menunggu jawapan daripada Mardiyah. Hatinya begitu sakit melihat wajah lembut Mardiyah. Memang dia sengaja mencari pasal dengan Mardiyah kerana dia mahu menambah kebencian pada gadis itu yang sememangnya di bencinya.

“ Saya hanya ikut arahan encik je. Encik pernah cakap yang encik takkan layan orang yang tak buat appointment. Saya hanya menjalankan kerja saya.” Jawab Mardiyah tergagap- gagap. Dia tahu hari ini dia akan menjadi mangsa kemarahan lelaki itu.

Lydia tersenyum puas. Dia tahu Ammar pasti menyebelahinya kerana lelaki itu mencintainya walaupun selama mereka bercinta Ammar tidak pernah mengungkapkan kata- kata keramat yang diharapkan. Tetapi itu Lydia tidak peduli janji Ammar menjadi miliknya dan dia tidak akan lepaskan lelaki kacak itu pada perempuan lain.

“ Kerja kepala otak kau! Kau tahu Lydia kekasih aku yang kau tahan dia dari jumpa aku kenapa? Mulai hari ini kalau dia nak jumpa aku, kau tak payah nak minta appointment kau bawa je jumpa aku. Takkan semua itu aku nak ajar. Belajar dah tinggi tapi lembab tahap budak tadika lebih baik tak payah jadi secretary kalau benda ni nak kena ajar.” Tengking Ammar lantang.

Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Mardiyah malu, sangat malu apabila ditengking di depan kakitangan lain. Terasa seperti dirinya tidak berharga. Dadanya mula terasa sebak. Dia menundukkan wajah.

“ Saya mintak maaf encik.” Ujar Mardiyah perlahan.

Tiada guna dia bertegang urat dengan Ammar kerana lelaki itu lebih berkuasa ke atasnya. Jika dia melawan, silap hari bulan dia akan kehilangan kerja. Dia tidak mahu kehilangan kerja ini kerana hanya inilah punca pendapatannya.

Ammar mendengus. Suara Mardiyah yang lembut tidak mampu mengusir perasaan marah yang bertandang dalam hatinya sejak peristiwa malam itu. Dia tidak akan sesekali memaafkan Mardiyah tentang apa yang berlaku walaupun bukan kesalahan gadis itu seratus peratus.

“ Kau ingat dengan kata maaf boleh selesai semua perkara. Dengar sini Mardiyah aku tak nak kau ulang kesilapan kau ini dan jika perkara ini berlaku lagi, nahas kau.” Ammar memberi amaran. Jari tulunjuknya diluruskan tepat ke muka Mardiyah.

Mardiyah hanya mengangguk lemah. Hatinya cukup terluka dengan layanan Ammar yang kasar dengannya. Bahasa yang digunakan oleh lelaki itu cukup mengambarkan bahawa dia cukup membenci diri Mardiyah.

“ Sudahlah sayang tak payahlah you layan perempuan lembab ni. I datang nak jumpa you ni. I miss you hard.” Bisik Lydia manja sambil mengesel-geselkan badannya pada Ammar. Memang cukup gedik.

Ammar menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Lydia. Dia tidak suka Lydia bermanja sampai begitu sekali. Ammar risau jika ada gossip liar yang akan tercetus di pejabat itu jika ada yang melihat Lydia berkelakuan sedemikian.

“ Kali ni aku maafkan kau.” Ucap Ammar.

Dia menarik tangan Lydia menuju ke biliknya tapi langkahnya terhenti bila dia teringatkan sesuatu.

“ Apa yang tercegat kat situ lagi? Pergi buat air untuk Lydia.” Arah Ammar keras.

Mardiyah hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia mengelap air mata yang menitis tanpa dia sedar lantas langkahnya dihayunkan menuju ke pantri. Tanpa dia sedari insiden tadi diperhatikan oleh seseorang.

 

PINTU bilik diketuk sebelum dia melangkah masuk. Mardiyah kelihatan sudah dapat menenangkan diri selepas kejadian tadi dan kini dia berada di bilik Ammar dengan menatang dulang yang berisi air minuman untuk kekasih tercinta suaminya.

“ Here you come perempuan kampung.” Sinis Lydia.

Dia menyilangkan kakinya yang putih gebu sambil memandang tepat pada Mardiyah. Sekarang ini Ammar tiada dan tiba masanya untuk dia mengenakan Mardiyah yang amat menyakitkan hatinya.

“ Kalau I jadi you kan, dah lama I berhenti kerja dari sini. Buat apa kalau terus kerja kalau bos sendiri tak suka. Entah- entah you tak nak berhenti sebab you dah sangkut dengan boyfriend I tu. I tahu boy I tu kacak orangnya tapi sorry lah dia tak layan orang kampung macam you ni.” Sindir Lydia lagi dengan muka bangga.

Mardiyah hanya mencebikkan bibirnya. Menyampah dengan kata- kata Lydia yang mengada-ngada. Macamlah aku nak sangat kat boy kau tu. Kalaulah kau tahu yang boy kesayangan kau tu laki aku tentu kau terjun bangunan hotel  ni. Jawab Mardiyah tetapi hanya di dalam hati.

Lydia sakit hati kerana tiada balasan daripada Mardiyah. Dia harus mencari jalan lain untuk mengerjakan Mardiyah. Saat itu dia ternampak Mardiyah sedang menatang dulang yang berisi air yang panas dan serta merta dia mendapat idea jahatnya.

Sewaktu Mardiyah melangkah menuju dekat dengan Lydia untuk meletakkan dulang tersebut, dengan pantas kaki Lydia menahan kaki Mardiyah hingga membuatkan langkah gadis itu tersandung. Habis tumpah air teh o’ suam yang dibawa Mardiyah tumpah mengenai lengan gadis itu. tetapi sedikit sebanyak air itu terpercik juga pada Lydia.

Mardiyah mengaduh kesakitan, nasib baik air itu hanya suam bukan panas  tapi walaupun suam, ia turut memberi kesan merah pada tangan Mardiyah. Dia tahu memang Lydia yang memetis kaki dia sebentar tadi tapi dia masih bersabar.

“ Aduh sakitnya.” Adu Mardiyah sambil memegang tangannya yang merah. Dia cuba untuk bangun tapi keadaan sudah terlambat.

Saat itu juga Ammar masuk ke dalam biliknya dan melihat insiden itu. terkedu dia bila melihat Lydia sedang mengerang kesakitan sambil memegang betisnya seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Di satu sudut yang berdekatan dengan Lydia pula, kelihatan Mardiyah sedang mengemas cawan yang berselerakan di lantai.

Whats going on?” tempik Ammar pada Mardiyah.

Mardiyah tersentak. Lydia mendongak. Yes! Kali ini dia menang lagi.

“ Aduh, honey sakitnya kaki I, kaki I dah melecur. Ini semua pasal perempuan ini yang sengaja tumpahkan air atas kaki I. nampak sangat dia berdendam dengan I sayang.” Adu Lydia sambil berpura- pura menangis. Tapi dalam hati dia tergelak besar melihat wajah cuak Mardiyah. Memang hebat betul lakonan Lydia kali ini.

Mardiyah terkejut. Dia berpaling memandang Lydia yang tidak jauh darinya. Ternyata wanita itu hanya tersenyum jahat. Dia berpaling semula ke arah Ammar dan mengelengkan kepala. Bibirnya terketar- ketar kerana cuba menjelaskan sesuatu.

“ Apa alasan kau pula kali ini?” tengking Ammar. Suaranya seperti halilintar menusuk ke telinga Mardiyah.

Dia mendapatkan Lydia yang sedang mengongoi kesakitan. dibeleknya kaki wanita itu yang terdedah. Memang terdapat kesan merah tapi tidaklah seteruk mana.

“ You okey ke?” Tanya Ammar lembut.

Lydia mengangguk sambil menjeling pada Mardiyah yang diam terkaku. Dia puas, tapi belum puas sepenuhnya.

“ Kaki I sakit sayang, I takut tak boleh jalan pulak. Nanti macam mana I nak catwalk? Ini semua setiausaha you punya pasal. I nak dia lap kaki I sekarang!”  bentak Lydia.

Dia menarik-narik tangan Ammar seperti budak kecil meminta coklat. Dia akan pastikan rancangan jahatnya akan tercapai kerana telah lama dia sakit hati dengan Mardiyah sejak insiden di restoran KFC tempoh hari.

Mardiyah terkesima dengan permintaan Lydia yang dianggap sangat keterlaluan. Dia tidak akan sesekali tunduk pada perempuan jahat seperti Lydia. Dia berharap agar Ammar tidak menuruti kemahuan teman wanitanya yang sawan tahap kronik itu.

Tetapi harapan dia hanya tinggal harapan apabila dengan suara yang lantang Ammar memaksa Mardiyah untuk mengelap kaki Lydia yang terkena percikan air teh itu. alah bukan banyak mana pun, boleh lap sendiri cuma Lydia sengaja hendak mencari pasal.

“ Kau dengar tak apa yang dia cakap? Aku nak kau bersihkan kaki girlfriend aku sekarang!” arah Ammar tegas.

Mardiyah hanya berteleku di situ. Dia mengelengkan kepala.

“ Kau jangan nak degil Diya, aku cakap sekarang!” tengking Ammar tidak berpuas hati. Lydia pula hanya tersenyum bangga.

“ Saya tak nak. Lagipun bukan kesalahan saya. Cik Lydia yang sengaja petis kaki saya sampai terjatuh. Bukan salah saya.” Tegas Mardiyah sambil tertunduk.

Dia berdiri dan cuba untuk melangkah keluar daripada bilik yang menyesakkan dada itu tapi dengan pantas pergelangan tangannya disambar oleh Ammar dengan kasarnya membuatkan Mardiyah memejamkan mata menahan kesakitan.

“ Kau jangan nak lari. Salah kau tetap salah kau. Aku nak kau ikut cakap Lydia sekarang! Aku tak nak dengar alasan yang merapu daripada kau dan jangan nak melawan aku.” Tegas Ammar lagi. dia mula naik berang dengan perangai Mardiyah yang suka melawan.

Tangan Mardiyah dicengkam kemas. Jika gadis itu mengelengkan kepala dia akan menguatkan lagi cengkamannya.

“ Kau nak ikut atau tak?” tanya Ammar sambil mencengkam pergelangan tangan isterinya.

Mardiyah menahan rasa sakit yang mula menjalar ke segenap sanubarinya. Setitik demi setitik air matanya gugur ke bumi bagi menahan rasa pedih yang menikam hingga ke lubuk hati. Sakit tangannya kerana melecur di tambah pula dengan cengkaman tangan sasa Ammar cukup membuatkan Mardiyah menitiskan air mata.

“ Tak nak. Jika encik paksa saya sekalipun saya takkan ikuti kemahuan kekasih encik ini.” Bantah Mardiyah. Dia tidak akan sesekali mengalah bila harga diri dia menjadi pertaruhan. Biarlah lelaki itu menyeksa dia sekali pun dia tidak akan kalah.

Ammar mengetap bibir. Geram kerana gadis itu sudah pandai membantah. Tanpa perasaan dia menguatkan lagi cengkaman itu sehinggakan Mardiyah mengaduh kesakitan. dia cuba melepaskan genggaman tangan Ammar yang kemas namun apalah sangat tenaga yang dia ada.

“ Lepaskan saya encik, atau saya akan adukan perkara ini pada datuk.” Ugut Mardiyah.

“ Kau ingat papa aku akan layan perempuan macam kau ni?” balas Ammar pula. Dia seakan terlupa bahawa Lydia sedang menonton sandiwara mereka.

“ Saya tetap pekerja encik dan saya ada hak.” Jawab Mardiyah.

“ Hak? Jangan nak berangan. Aku takkan lepaskan tangan kau sebelum kau buat apa yang Lydia mahu.” Tengking Ammar.

Anak mata coklatnya menikam tepat anak mata Mardiyah yang berair menahan kesakitan. dahi gadis itu juga turut berlapis- lapis. Jauh di dalam hati Ammar dia turut tersentuh melihat air mata gadis itu namun, egonya tetap menghalang rasa kemanusiaan itu. dia benci pada Mardiyah dan dia akan pastikan gadis itu merana.

“ Lebih baik saya mati daripada ikut cakap kekasih encik yang gila ini!” bentak Mardiyah sambil menarik tangannya sepenuh tenaga yang dikumpulkan.

Ammar terkesima mendengar bentakkan yang keluar daripada bibir mungil itu. terasa seperti egonya dicabar oleh gadis itu. ini baharu kali pertama pekerja berani melawannya dan dia tidak akan tinggal diam. Berombak dada bidangnya menahan rasa marah yang meruap- ruap.

“ Kurang ajar!” tempik Ammar seraya menghayunkan tangannya untuk menampar Mardiyah namun ada suara yang menghalang.

“ Ammar! Apa yang kau nak buat tu?” Datuk Zainal menjerit di muka pintu bilik yang separuh terdedah.

Hasrat Ammar terhenti. Dia berpaling. Papa! sejak bila pula papa ada dalam ofis ini. Soal Ammar dalam hati.

Mardiyah menangis dan mendapatkan Datuk Zainal. Dia berdiri di belakang Datuk Zainal bagi mendapat perlindungan. Dia takut dengan Ammar yang hampir sahaja memukulnya.

“ Tak malu ke angkat tangan pada perempuan?” tanya Datuk Zainal lagi. tapi kali ini suaranya sudah mula mengendur. Dia memandang wajah menantunya dengan simpati sebelum matanya tuntas pada laman wajah Ammar yang tegang.

“ Perempuan ini kurang ajar. Am kena ajar dia sikit.” Balas Ammar.

“ Bukan cara ini nak mengajar. Ini bukan mengajar tapi mendera namanya. Papa takkan benarkan kamu menyakiti Mardiyah sebab nak bela kekasih kamu.” Ucap Datuk Zainal membela Mardiyah.

“ Tapi pa, dia dah melampau.” Ammar bersuara.

“ Papa tak nak dengar apa- apa alasan lagi. jumpa papa di ofis dan awak Cik Lydia..”

Lydia berdiri. Dia memandang wajah Datuk Zainal dengan berani. Dia tidak menyangka yang Datuk Zainal akan campur tangan.

“ Saya rasa lebih baik Cik Lydia balik dahulu sebab kalau nak bercinta bukan di sini tempatnya.” Sambung Datuk Zainal sinis.

Lydia terkulat-kulat kerana diperli oleh Datuk Zainal.

“ Diya kamu boleh keluar sekarang. Tiada sesiapa yang boleh ganggu kamu lagi.” ujar Datuk Zainal lembut. Dia tersenyum manis pada menantu rahsianya itu. kesian dia melihat wajah polos itu yang basah dengan air mata.

“ Baik datuk.”

 

MARDIYAH menangis teresak- esak di pantry sambil memegang pergelangan tangannya yang sudah merah. Sakit tidak terkata hanya Tuhan yang tahu. Sampai hati Ammar memperlakukan dirinya hingga begitu rupa. Salahnya bukan besar sangat cuma Lydia yang membesarkan perkara itu. Ternyata Ammar memang tidak boleh menerima dirinya walhal dia telah menurut kata lelaki itu yang mahu pernikahan mereka dirahsiakan. Jika inilah seksaan yang bakal diterimanya selama bergelar isteri lelaki itu, lebih baik dia berpisah sahaja.

“ Diya, awak okey?”tegur satu suara mengejutkan Mardiyah yang sedang melayan perasaan.

Mardiyah berpaling. Kelihatan Raqeem berdiri di muka pintu sambil tersenyum manis meyerlahkan ketampanan semula jadinya. Mardiyah membalas senyuman Raqeem dengan ikhlas walaupun dia terasa hambar.

“ Saya okey je.” Balas Mardiyah.

“Tapi kenapa saya tengok muka awak sedih je.” Tanya Raqeem menghampiri Mardiyah yang sedang berdiri di tepi singki sambil memegang pergelangan tangannya. Mesti ada sesuatu yang tidak kena.

“ Tak ada apa-apa encik saya okey je.”

Raqeem tersenyum. dia tahu Mardiyah sedang menyembunyikan sesuatu.

“ Tak payah berencik dengan saya, panggil nama je. Saya rasa selesa kalau awak panggil saya macam awak panggil kawan- kawan awak. Rasa lebih dekat.” Raqeem memulakan bicara.

Sememangnya dia suka dengan Mardiyah. Dia cuba mendekatkan diri dengan Mardiyah tetapi gadis itu seakan tidak mengerti bahasa yang dia cuba sampaikan tetapi itu tidak mematahkan semangat Raqeem untuk mendekati Mardiyah.

“ kenapa dengan tangan awak? Sakit ke? Saya tengok muka awak berkerut semacam je.” Tegur Raqeem sambil anak matanya memandang tangan Mardiyah.

Mardiyah mengeluh.

“ Tangan saya melecur sikit sebab tertumpahkan air tadi. Tapi tak teruk mana pun.” Balas Mardiyah. Dia membalas pandangan Raqeem yang tampak risau.

“ Tak teruk apanya. Tengok habis merah tangan awak ni. Nasib baik sikit saje kalau melecur satu badan bagaimana? Siapa yang susah? Saya juga yang susah.”

Mardiyah terkedu. Raqeem begitu mengambil berat terhadap dirinya membuatkan hati kecilnya tersentuh. Baharu pertama kali dia rasa dihargai oleh seseorang.

Raqeem menuju ke kabinet. Dia mencari sesuatu. Sesuatu yang boleh dijadikan ubat untuk memulihkan tangan Mardiyah yang melecur. Satu persatu laci kebinet di buka.

“ Awak cari apa tu?” tanya Mardiyah pelik.

“ Ubatlah. Tangan awak kan melecur. Tak boleh dibiarkan macam itu sahaja.” Ujar Raqeem sambil menruskan pencariannya.

Mardiyah hanya membiarkan lelaki itu meneruskan pencariannya. Akhirnya Raqeem menemui ubat yang di carinya. Dia tersenyum ke arahnya.

“ Tunjuk tangan.” Pinta Raqeem.

Mardiyah hanya mengikut. Tangannya ditunjuk kepada Raqeem. Lelaki itu cuba menyapu ubat di tangan gadis itu namun pantas di halang oleh Mardiyah. Dia menarik kembali tangannya.

“ Kenapa Diya?” Tanya Raqeem pelik. Mata Mardiyah direnung.

Mardiyah mengeleng.

“ Saya boleh sapu ubat ini sendiri. Terima kasih sebab awak nak tolong saya.” Ujar Mardiyah lembut. Dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan Raqeem terhadapnya lagipun kesan melecur itu bukan kritikal sangat.

Dia mencapai ubat daripada tangan Raqeem dan melumurkan ke seluruh tangannya yang memerah. Berkerut dahinya menahan pedih tapi di hadapan Raqeem, Mardiyah berlagak tenang.

Raqeem tidak menghalang kerana dia tahu Mardiyah masih segan dengan dirinya. Tapi Raqeem tidak akan berputus asa untuk menarik perhatian gadis pemalu itu. Dia mengambil kesempatan memerhati wajah gadis bertudung hitam di hadapannya sekarang.

Memang Mardiyah tidak secantik kawan- kawan wanitanya yang lain tetapi ada sesuatu pada wajah Mardiyah yang menarik perhatian Raqeem. Mungkin mata gadis itu yang bundar sesuai dengan alis matanya yang sedikit lebat. Hidungnya yang sederhana mancung memang padan dengan bibir gadis itu yang mungil. Namun, apa yang menarik lagi pada Mardiyah adalah lesung pipit yang menghiasi pipi kanan gadis itu.

Jika diikutkan, gadis bertudung dan bertutup seperti Mardiyah ini tidak pernah dipandang oleh Raqeem suatu ketika dahulu kerana bagi Raqeem gadis seperti ini berfikiran kolot namun selepas bertemu dan berkawan dengan Mardiyah segala persepsi dia sudah bertukar kerana dia tahu jika dia ingin berumah tangga, gadis seperti Mardiyah yang akan di pilih.

“ Dah siap pun. Awak tak pergi makan ke?” tanya Mardiyah lantas mendongak memandang wajah Raqeem.

Namun, jantungnya seakan berlari pantas apabila anak mata mereka bertembung. Mardiyah berdebar, Raqeem terkelu. Dia tertangkap kerana terlalu lama merenung wajah gadis itu.

“ Kenapa pandang saya begitu?” Tanya Mardiyah selamba. Dia cuba meredakan debaran di dalam hatinya.

Raqeem melarikan pandangan ke tempat lain. Dia malu kerana ditegur oleh Mardiyah. Itulah asyik sangat pandang anak dara orang, kan dah kantoi. Bisik hati kecilnya.

“ Saja je tengok muka awak yang manis ni. Kalau saya balik rumah nanti tak boleh tengok pulak.” Ujarnya memberi alasan.

“ Hah?” Mardiyah bingung. Berkelip- kelip matanya memandang Raqeem yang sudah tersenyum simpul. Mardiyah masih tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Raqeem. Memang Mardiyah seorang yang lurus.

“ Tak ada apa- apalah. Saya pergi dulu. See you later.” Ucap Raqeem sambil mengenyitkan mata dan melemparkan senyuman yang menggoda.

Mardiyah menelan air liur yang terasa pahit di kerongkong. Dia terasa seperti di awang- awangan. Lelaki itu seakan menggodanya.  Mardiyah mengurut dadanya yang berdebar- debar namun akhirnya dia tersenyum sendirian. Apa sudah jadi ini?

 


BAB 12


AMMAR bersendirian di apartmentnya malam ini. Kebiasaannya Lydia selau datang melepak di situ sambil berbual- bual kosong dengan Ammar. Tetapi sejak peristiwa dia dicekup oleh pihak berkuasa, dia sudah tidak berani untuk menjemput Lydia ke apartmentnya. Dia lebih senang berjumpa dengan kekasih hatinya itu di luar daripada di apartment.

Ammar merenung kosong siling rumahnya itu. dia benar- benar serabut saat ini apatah bila memikirkan apa yang berlaku di pejabatnya tengah hari tadi. Rasa sakit hati pada Mardiyah tidak pernah hilang walaupun gadis polos situ tidak melakukan apa kesalahan kepadanya.

Apa yang berlaku di pejabat tadi hanyalah untuk memuaskan hati dia sahaja. Sebenarnya Ammar sengaja ingin menyeksa Mardiyah kerana jika gadis itu terseksa dia dapat rasakan sakit hatinya terbalas. Oleh itu, dia jadikan Lydia sebagai alasan untuk menyeksa isterinya itu. jika difikir dengan fikran yang waras, perbuatan Ammar memang tidak patut tetapi api kemarahan yang marak dalam dirinya tidak boleh padam setiap kali dia memandang wajah manis itu.

Ammar mengeluh. Sampai bila sandiwara ini akan berakhir. Sampai bila dia harus menyembunyikan pernikahan ini daripada pengetahuan Lydia dan orang lain. Setakat ini hanya keluarga dia dan Mardiyah yang mengetahui wujudnya pernikahan itu. dia mahu kisah dia dan Mardiyah ditamatkan dengan segera tapi bagaimana? Setiap kali dia ingin melepaskan Mardiyah, dia teringat pada Datin Zarina yang pernah merayu padanya agar tidak melepaskan gadis itu.

Dia memejamkan mata buat seketika. Wajah Mardiyah terlayar ke ruang mindanya membuatkan Ammar teringat perbualan dia dengan Datuk Zainal siang tadi.

 

“ PAPA tahu kamu benci sangat dengan Diya but please jangan buat macam tu lagi. dia ada perasaan juga Am.” Ujar Datuk Zainal.

Wajah Ammar yang sedang duduk di atas sofa di pandang. Nasib baik dia datang tepat pada waktunya, jika tidak memang tangan sasa Ammar hinggap di pipi Mardiyah.

“ Dia yang melawan Am papa. Memang patut Am tampar perempuan macam itu. perempuan murah!” ucap Ammar penuh kebencian. Panasnya masih lagi beruap- ruap.

Datuk Zainal mengelengkan kepalanya yang separuh beruban. Semakin tertekan dengan sikap Ammar yang sangat membenci Mardiyah padahal gadis malang itu sudah sah menjadi isterinya dua minggu yang lalu.

“ Am, tak baik cakap dia begitu. Walaupun kamu benci dia disebabkan peristiwa itu, jangan kamu menghukum dia sampai macam ini sekali. Dia juga manusia biasa. Kemarahan yang kamu tanamkan untuk Diya tidak akan bawa kamu ke mana- mana. Ingat nak, kemaafan itu dendam yang cukup indah.” Nasihat Datuk Zainal sambil menepuk lengan Ammar.

Ammar mencebik. Hatinya tidak dapat menerima sebarang nasihat yang berkaitan dengan Mardiyah. Dia benci dan itu keputusannya.

“ Am takkan maafkan dia pa. Am benci dia dan Am akan pastikan yang dia hidup merana.” Ucap Ammar penuh perasaan.

Datuk Zainal terkedu. Betul ke ini anak lelaki yang dia didik selama 27 tahun dengan penuh ilmu agama? Ammar seakan tidak redha dengan takdirnya.

“ Am, jangan terlampau membenci Mardiyah, dia itu isteri Am..”

“ Am tak ada isteri. Dia bukan isteri Am.” Pintas Ammar dengan tegas. Tangannya disilangkan.

“ Astaghfirullah al azim, cuba bawak mengucap Am, kamu jangan cuba menentang apa yang telah ditetapkan untuk kamu. Mungkin Mardiyah jodoh terbaik yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk kamu. Jika ikutkan hati papa, memang papa marah dengan apa yang berlaku dalam keluarga kita tapi papa tahu semua yang berlaku ini ada sebab dan hikmahnya. Papa percaya yang kamu tidak akan melakukan perkara yang akan merosakan hidup orang lain sebab itulah papa anggap apa yang jadi pada kamu hanya kemalangan. Kalau papa boleh terima ini dengan hati yang terbuka, kenapa kamu tak boleh terima Mardiyah dalam hidup kamu?” tanya Datuk Zainal serius. Dia mahu tahu alasan anak sulunngnya itu.

Mata Ammar direnung dalam.  Anak mata coklat itu sememangnya sarat dengan kebencian bila nama Mardiyah disebut.

“ Tapi hati Am sakit pa, sakit sangat bila tengok muka dia. Memang Am tahu Am dengan dia tak bersalah tapi jika pada malam itu dia tak datang kat bilik Am, Am tak kena cekup dengan dia.” Luah Ammar.

Wajah Datuk Zainal dipandang. Dia meraup rambut kebelakang. Dia benar- benar tertekan sekarang ini.

“ Cuba Am fikir bukankah Am yang mintak supaya Diya hantarkan laporan itu dalam bilik kamu. Maknanya dia dah buat apa yang kamu arahkan dan kamu tidak boleh terus- terusan menyalahkan dia dan membenci dia hingga memberi kesan pada prestasi kerja kamu. Am sendiri jelas dengan apa yang berlaku pada malam itu kan?” Balas Datuk Zainal pula cuba menyedarkan Ammar.

Ammar terdiam. Hanya tangannya yang bergerak memintal tali lehernya yang telah ditanggalkan.

“ Papa nak kamu tahu sesuatu, ayah Diya dah meninggal dunia pada malam kamu kena tangkap. Sekarang ini Diya dah jadi anak yatim dan sebagai suami sepatutnya kamu membela nasib dia bukan mengabaikan dia sampai begini. Kamu tahu kan apa hukumnya tidak menunaikan tanggungjawab kamu sebagai suami? Berdosa Am apatah lagi bila kamu biarkan isteri kamu bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim dia.” Sambung Datuk Zainal selepas tiada balasan daripada Ammar. Dia yakin sedikit sebanyak Ammar termakan juga dengan kata- katanya. Cuma cepat atau lambat yang menentukannya.

Ammar sedikit terkejut bila mengetahui Mardiyah sudah kehilangan ayah. Baharu sekarang dia tahu. Patutlah gadis itu tidak datang kerja selama seminggu rupa-rupa ayahnya meninggal. Timbul sedikit rasa simpati dalam diri Ammar namun cepat- cepat dikikis.

“ Am takkan bertanggungjawab papa. Am tak rela dia jadi isteri Am, bila sampai masanya nanti Am akan ceraikan dia. Selepas itu Am akan kahwin dengan Lydia.” Ucap Ammar selamba tanpa menghiraukan air muka papanya yang berubah.

“ Kamu nak kahwin dengan Lydia? Kamu dah fikir masak- masak ke?” tanya Datuk Zainal.

Of course papa. Hubungan Am dengan Lydia dah nak masuk tiga tahun takkan Am nak sia- siakan macam itu je.” Jawab Ammar. Kali ini dia benar- benar serius tapi kenapa di dalam hatinya seperti tidak yakin dengan apa yang dituturkan. Namun rasa itu hilang dengan sendirinya.

“ Betul kamu cintakan Lydia?” Tanya Datuk Zainal sambil memandang tepat ke mata hazel milik anaknya itu. mata yang diwarisi daripada isterinya Datin Zarina.

Ammar mengangguk.

Datuk Zainal tersenyum sinis. Dia tahu Ammar memang tidak berani untuk mengakui cintanya pada Lydia kerana setahu Datuk Zainal, Ammar akan pasti kelu bila ditanya soal cinta.

“ Papa nak dengar sendiri dari mulut kamu. Cakap yang kamu cintakan Lydia.” Pinta Datuk Zainal sekadar menguji.

“ Apa papa ni. Betullah Am cin…” ayat Ammar tergantung. Dia menelan luir beberapa kali. Dia cuba untuk mengulangi kata- kata itu tapi lidahnya seperti beku. Kenapa ya?

“ Papa dah agak kamu pasti tak dapat mengungkapkannya sebab papa yakin Lydia bukan cinta sejati kamu.” Ujar Datuk Zainal tersenyum.

Dia yakin jodoh Ammar bukan Lydia. Mungkin orang lain dan tak mustahil orang lain itu adalah Mardiyah.

“ Tak papa. Am yakin dia akan jadi isteri Am.” Tutur Ammar bersungguh- sungguh.

“ Baiklah kalau macam itu cakap pada papa yang kamu cintakan dia.” Uji Datuk Zainal lagi.

Namun, lidah Ammar tetap tidak boleh menyebut perkataan itu. Dia buntu.

 

AMMAR tersedar daripada lamunan bila laungan azan Isyak sudah berkumandang di masjid berhampiran dengan apartmentnya. Dia meraup muka yang kelesuan. Dia mengeluh seketika bila pertanyaan Datuk Zainal menerjah ruang fikirannya.

‘Betul ke aku cintakan Lydia?’ tanya Ammar pada diri sendiri.

Namun soalan itu tidak dapat dijawab oleh dirinya sendiri. Ammar masih keliru dengan perasaannya sendiri. Hampir tiga tahun dia berpacaran dengan Lydia tapi belum pernah sekali pun dia melafazkan kata cinta buat wanita itu. Sehinggakan Lydia sendiri marah dengan sikap Ammar itu yang dianggap tidak romantik.

Tapi Ammar bukan peduli semua itu kerana baginya dia berpacaran dengan Lydia kerana tidak mahu mamanya terus mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga dengan perempuan yang dipilih oleh mamanya. Dengan kehadiran Lydia, Datin Zarina tidak lagi banyak soal. Itu sahaja yang difikirkan oleh Ammar tetapi kali ini dia benar- benar terperangkap apabila terpaksa menikahi Mardiyah. Wanita yang tidak pernah dibayangkan untuk menjadi suri hidupnya.

Ammar mengeluh lagi. akhirnya dia bingkas dan menuju ke biliknya untuk bersolat.

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.