BAB
17
DANIEL tersenyum melihat Balqis yang termengah-
mengah selepas mereka selesai berjoging pagi itu. Sejak daripada dahulu lagi
dia dan Balqis akan selalu berjoging pada setiap pagi Sabtu di taman rekreasi
tidak jauh daripada rumah Balqis. Walaupun Daniel tahu tidak manis dia membawa
isteri orang keluar, tetapi persahabatan di antara dia dan Balqis melebihi
segalanya.
Dia sudah terbiasa dengan rutin harian yang mereka
jalani sejak dahulu lagi. sejak Balqis belum berkahwin dan Daniel rasa tiada
yang salah jika dia hanya membawa Balqis untuk berjoging. Dia tahu pasti Ryan
tidak keberatan memandangkan Ryan tahu persahabatan dia dan Balqis.
“ Susah betul saya nak jumpa awak sejak dua menjak
tiga menjak ni. Sibuk sangat ke dengan Ryan sampaikan lupa terus pada saya.
Sampai hati awak tau Qis.” Tutur Daniel sewaktu Balqis melabuhkan duduk di
bangku sebelahnya. Dia memandang Balqis yang santai berbaju t-shirt lengan
panjang dan berseluar track.
“ Kenapa awak cakap macam tu Dani? Saya tak pernah
lupakan awaklah. Awak kawan baik saya sama seperti Ryan. antara awak dan dia
tidak ada bezanya cuma yang menjadi bezanya sekarang saya dah kahwin dengan
dia. itu sahaja. Awak janganlah ambil hati mungkin sejak kebelakangan ini saya
sibuk sangat dengan peperiksaan budak- budak kat sekolah tu sebab itulah saya
tak ada masa dengan awak.” Terang Balqis lembut. Dia membalas renungan mata
Daniel yang lembut menatap wajahnya.
Daniel tersenyum. Dia faham dengan kerjaya Balqis
sebagai guru amat sibuk dengan pelbagai urusan cuma dia agak terkilan kerana
Balqis seolah tiada waktu dengannya. Tengok sahaja minggu lepas, Balqis
terpaksa membatalkan rancangan mereka untuk bermain boling kerana terpaksa
mengikut Ryan ke rumah uminya. Kadang- kadang Daniel merasa cemburu namun dia
sedar tidak guna dia cemburu kerana gadis itu sememangnya milik orang lain.
“ Saya faham Qis. Saya bergurau je kerja cikgu
dengan engineer memang berbeza tapi
saya nak tanya awak satu soalan kenapa awak jadi cikgu sekolah menengah? Kenapa
tak jadi pensyarah je lagipun masa kolej dahulu awak ambil Pengurusan Teknologi
kan kenapa tak jadi pengurus?” tanya Daniel. Dia menumpukan sepenuh perhatian
pada Balqis.
Balqis tersenyum kecil. “ Saya suka budak- budak
sebab itulah saya sanggup jadi cikgu daripada pensyarah. Saya takut kalau saya
jadi pensyarah nanti, saya terpikat dengan student
saya pulak.” Ucap Balqis sambil ketawa kecil. Daniel pun turut ketawa.
“ Saya pun suka budak- budak cuma tak ada peluang
untuk jadi cikgu sebab saya rasa memang saya tak ada bakat nak jadi cikgu. Nak
jadi cikgu perlu kesabaran yang tinggi nak- nak bila dapat student yang degil mengalahkan anak jin. Macam mana awak handle budak- budak macam tu?” tanya
Daniel lagi. Dia cukup tabik dengan Balqis yang sanggup berkorban dengan
menjadi pendidik kepada anak bangsa.
“ Senang saja. Saya letakkan tempat saya sama dengan
budak- budak yang degil itu. budak- budak tu degil bukan sebab dia tak nak
belajar cuma dia perlu perhatian yang lebih daripada cikgu. Kebanyakan saya
tengok cikgu- cikgu sekolah suka membandingkan pelajar yang lemah dengan
pelajar yang pandai sebab itulah pelajar yang degil ni akan memberontak sebab
mereka tak suka dibandingkan. Dah mereka tak pandai nak buat macam mana dan
disitulah cikgu memainkan peranan, cuba dekati mereka, fahami mereka.
Saya akui memang payah nak faham dengan budak- budak
macam ni tapi at least kita cuba
juga. Saya selalu tanamkan yang kekerasan seperti rotan dan denda tidak akan
memberi effect pada budak- budak ni
tapi bila kita guna psikologi insyaALLAH akan berjaya maklumlah kalau kita guna
reverse psychology dia akan sampai ke
dalam hati.” ujar Balqis panjang lebar. Seronok betul dapat bercerita si Balqis
ini.
Daniel mengangguk tanda setuju setiap butir bicara
yang dituturkan oleh Balqis. Ternyata Balqis memang seorang yang bijak walaupun
kadangkala perangai Balqis ini mengalahkan budak- budak yang menjadi anak murid
Balqis.
“ Awak memang ada ciri- ciri cikgu yang baik pasti
anak murid awak suka pada awak kan? Kalau saya jadi student awak, saya pasti akan undi awak jadi best teacher of the year.” Seloroh Daniel.
Balqis tergelak sambil diikuti Daniel.
“ Eh tak adalah sampai macam itu tapi kalau nak undi
pun apa salahnya.” Sambung Balqis menceriakan suasana. Mana boleh Daniel
seorang sahaja yang loyar buruk, dia pun hendak turut serta. Dia ketawa. Daniel
pun.
“ Awak pergi tak Cameron Highlands nanti?” Tanya
Daniel mengalihkan topik perbualan mereka.
“ Pergilah. Awak? Macam mana awak tahu ni?” soal
Balqis pulak. Dia semakin teruja. Pasti seronok jika Daniel turut serta.
“ Mak Ngah yang ajak keluarga saya dan saya rasa tak
salah pun kalau saya ikut lagipun memang dah lama keluarga saya dan keluarga
Ryan tak bercuti sama. Kali ini mesti tambah seronok kalau awak ada sekali.”
Balas Daniel.
Balqis tidak dapat menyembunyikan senyumnya. Dia
berpaling ke tepi dan menarik sikunya ke bawah. Yes! Daniel ikut. Hatinya menjerit gembira. Tak senonoh betul
Balqis ni. Kemudian berpaling semula pada Daniel. Dia tersenyum manis.
“ Yelah lama betul saya tak pergi bercuti. Awak
mesti dah selalu pergi bercuti kan?”
“ Tak jugak Qis, cuti sorang- sorang tak best, kalau
ada keluarga lagi best. Apatah lagi
kalau bercuti dengan anak- anak mesti seronok.” Ucap Daniel.
Dia membayangkan kehidupan berkeluarga. Pasti
seronok jika ada isteri yang setia
menunggunya di rumah sewaktu pulang kerja dan anak- anak yang sentiasa bermain
di hadapan matanya. Daniel memang teringin untuk berumah tangga namun takdir
cintanya masih belum ditemui.
“ Betul itu tapi kenapa awak tak kahwin lagi Dani?”
tanya Balqis tiba- tiba. Sejak dahulu lagi dia ingin bertanyakan soalan itu cuma
masa yang tidak mengizinkan. Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk dia
mengorek rahsia hati Daniel. Maklumlah Daniel ini seorang yang perahsia malah
setiap tingkah dan perbuatannya terhadap Balqis mengundang seribu pertanyaan
pada Balqis.
Kadang- kadang lelaki berkaca mata itu begitu lembut
dengannya malah Balqis selalu merasa yang Daniel menyukainya seperti mana dia
menyukai lelaki itu. Namun, jika difikirkan balik mana logik lelaki tampan
seperti Daniel menyukainya.
“ Soalan awak tu bahayalah. Soalan cepu emas dan
cepu perak. Tak mampu saya nak jawab.” Jawab Daniel. Dia melemparkan pandangan
ke hadapan.
“ Saya cuma nak tahu je sebab sepanjang kita kawan,
awak tak pernah sebut pasal girlfriend ke
pasal someone special ke, saya
takutlah kalau kita persahabatan kita ini akan melukakan orang lain je.” Balqis
berterus- terang. Dia mengambil kesempatan dengan merenung wajah Daniel yang
tenang.
“ Masa kita di kolej dulu, pernah tak awak tengok
saya kawan dengan perempuan lain selain awak?” tanya Daniel balik. Dia menatap
anak mata Balqis yang bersinar. Rasa tenang menyapa hati Daniel.
Balqis mengelengkan kepala. Seingat Balqis, dia
tidak pernah melihat Daniel keluar dengan perempuan lain selain darinya
walaupun Balqis tahu ramai budak- budak junior yang mengejar Daniel. Maklumlah
lelaki kacak seperti Daniel siapa yang tidak tertarik. Wajah yang ala- ala
Iqram Dinzley sudah cukup untuk membuatkan mata- mata anak gadis tertarik pada
lelaki itu.
“ Hah, awak dah ada jawapannya tak perlu lagi saya
jawab.” Balas Daniel sambil mengenyitkan matanya pada Balqis.
Balqis mengerutkan dahi. Kurang mengerti dengan apa
yang yang dikatakan oleh Daniel.
“ Maksud awak?”
“ Saya tak ada perempuan lain Qis, hanya awak yang
saya nampak sejak dari zaman kolej sampailah sekarang jadi awaklah someone yang special tu.” Balas Daniel sangat bersahaja.
Namun belum sempat Balqis bertanya lebih lanjut
Daniel bangkit dari tempat duduknya dan meneruskan larian. Bagi Daniel tidak
guna jika dia mengungkapkan apa yang dia rasa kerana ternyata Balqis sudah menjadi
hak milik orang lain. Biarlah dia pendam rasa yang tertinggal untuk gadis itu.
Balqis mengarukan kepalanya yang beralaskan tudung.
Dia cuba untuk mentafsirkan kata- kata Daniel. Lama dia mencongak akhirnya dia
tersenyum sendirian. Rasa bagai mahu menjerit apabila Daniel mengatakan dia
adalah seseorang yang istimewa.
“ Yahooo!” jeritnya tiba- tiba. Namun bila dilihat
ada mata yang memandang Balqis menutup mulut. Alamak dah tak ayu menjerit macam
ni. Gumam hati Balqis.
Tidak lama kemudian, dia bangun dan turut mengejar
Daniel yang sudah ke depan. Hatinya berbunga riang seperti bunga- bunga kertas
yang jatuh bertaburan di halaman rumahnya. Biasalah jika orang yang kita suka
turut suka pada kita pasti dunia menjadi indah tetapi itu sekadar suka.
Bolehkah perasaan suka bertukar menjadi cinta?
“ TAK bolehlah Ryan. Kau ni mengarut je.” Marah
Balqis. Dia terpaksa mendongak memandang wajah Ryan yang tinggi melangit. Ish,
lelaki ini tingginya macam hantu galah saja lagaknya. Bebel Balqis bila
terpaksa mendongak untuk bercakap dengan Ryan maklumlah ketinggian Ryan yang
enam kaki itu cukup menyeksa bagi orang yang berketinggian ala- ala seven dwarf dalam Snow White seperti
Balqis ini.
“ Kau kena tolong aku Qis, kejap lagi budak tu
datang. Aku tak kisah kau nak cakap apa pun dekat dia tapi pastikan yang budak form four dah tak datang cari aku. Aku
rimas kena kejar setiap hari. Dah tu setiap hari dia selit kad bawah meja aku.
Bagi surat yang penuh dengan perfume
ingat ini zaman tok kaduk ke nak bagi surat. Kalau bagi e-mail aku layan
jugaklah.” Ujar Ryan sambil tersengih.
Balqis menepuk dahi. Ini mesti masalah kena kejar di
peminat fanatik lagi. Sejak kumpulan muzik yang diketuai oleh Ryan sebagai
vokalis untuk pertandingan nyanyian antara kelas di sekolah mereka menjadi
juara, Ryan selalu dikejar oleh pelajar- pelajar perempuan di sekolah mereka.
Balqis sendiri tidak menyangka yang Ryan ada bakat dalam bidang nyanyian, suara
pun boleh tahan tidaklah sumbang sangat. Mungkin disebabkan itu Ryan dan
kumpulannya yang diberi nama Mental Band menjadi juara. Balqis pun turut
berbangga kerana kelas mereka menjadi juara.
Namun, sekarang yang menjadi masalahnya, apabila
terlalu ramai peminat maka otak Balqis pun akan menjadi semak kerana terpaksa
membantu Ryan untuk mengelak daripada berjumpa daripada peminat- peminatnya
itu.
“ Aku dah penat menipu Ryan. Macam- macam dah alasan
yang aku bagi. Kau sakit perutlah, kau kena tibilah, kau sakit buah pingganglah
cuma satu lagi aku tak cakap pada mereka dan kalau aku cakap benda ni mesti
budak- budak tu takkan kacau kau lagi…”
“ Apa dia?” tanya Ryan ingin tahu.
“ Tuan Ryan Zhariff dah meninggalkan dunia yang fana
ini.” Jawab Balqis. Kemudian dia tergelak terkekeh- kekeh.
Kelekuk!
Kepala Balqis diketuk dengan botol air mineral
membuatkan tawa Balqis terhenti. dia mendongak memandang wajah Ryan yang selamba.
Merah padam wajah Balqis. Geram kerana lelaki itu mengetuk kepalanya tanpa
izin.
“ Apa kau ni?!Kau ingat ayah aku tak bayar zakat
fitrah ke? Suka- suka hati nak ketuk kepala aku.” Marah Balqis. dia mengetap
bibir.
“ Siapa suruh kau cakap aku meninggal dunia. Tak
baik tau kau doakan aku pendek umur.” Getus Ryan. Dia menayang muka sedih.
“ Bukan aku doakan habis dah tak ada alasan yang aku
nak bagi lagi. Itulah kau aku dah nasihat, cakap jelah yang kau dah bertunang
kau tak nak. Sekarangkan dah susah.” Bebel Balqis.
Dia menongkat dagu di koridor berhadapan dengan
pusat sumber. Langit yang terbentang dipandang. Balqis menarik nafas kemudian
dia menghembuskan perlahan- lahan. Tenangnya namun bila dia pandang ke sisi dia
melihat wajah Ryan. Sejak bila lelaki itu berdiri di sisinya Balqis tidak tahu.
Menyerabutkan betul.
“ Payahlah kalau nak bagi alasan macam itu. Nanti heboh
satu sekolah pulak. Nanti mesti ramai cikgu yang bertanya. Kau tahukan aku
ketua pengawas kat sini malulah aku.” Balas Ryan turut menongkat dagu.
Susah betul jadi orang popular ni selalu saja jadi
buruan. Ini baharu menang pertandingan antara kelas bukan menang Juara Lagu.
Hati Ryan terdetik. Dia tidak suka menjadi buruan pelajar- pelajar sekolah itu.
Dia rimas bila setiap pergerakannya diperhatikan malah dia berjalan pun orang
pasti akan pandang. Dia serabut sebab itulah dia meminta pertolongan daripada
Balqis untuk memberi alasan pada pelajar- pelajar perempuan yang ingin datang
berjumpa dengannya.
Paling Ryan tidak boleh bertahan apabila ada
sekumpulan pelajar perempuan yang datang untuk belajar dengan dia. Bila diajar
bukannya hendak belajar tetapi sibuk bertanyakan nombor telefonnya. Bila Ryan
tidak mengendahkan maka banyaklah surat cinta yang diterima. Pening Ryan
dibuatnya.
Pada Balqis dia sandarkan harapan untuk membantunya
memandangkan Balqis seorang perempuan yang kasar dan tegas. Mungkin bila
melihat wajah Balqis yang tegas itu, pelajar perempuan yang meminatinya akan
takut. Walaupun Balqis seorang perempuan yang kasar, tetapi Ryan suka berkawan
dengan gadis itu kerana Balqis tidak pernah menunjukkan minat padanya ataupun
pada rupa parasnya yang menjadi gilaan para pelajar di sekolah itu malah Ryan
yang terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalan dengan Balqis memandangkan
Balqis seperti tidak mengendahkan kewujudannya dalam kelas mereka.
“ Abang Ryan!” Panggil seorang gadis dari jauh
sambil melambaikan tangan kepada Balqis dan Ryan yang sedang termenung panjang.
Ryan tersentak. Balqis pun. Mereka berpandangan.
Alamak, musibah sudah datang! Jerit hati Ryan. Lantas dia berdiri di belakang
Balqis atau lebih tepat menyorok di belakang Balqis.
“ Tak payahlah kau nak menyorok Ryan, kau tu
bukannya kecik sangat pun tinggi mengalahkan zirafah ada hati nak menyorok kat
belakang aku yang macam pokok bonsai ni. Dia dah nampak kaulah.” Bisik Balqis
sambil berpaling sedikit ke belakang.
Ryan gusar apabila gadis itu menghampiri mereka dan
berdiri di hadapan dia dan Balqis. Dia tidak suka diganggu apatah lagi dengan
Amalina budak tingkatan empat ini. Walaupun ada wajah yang cantik namun Ryan
tidak suka melihat wajah yang cantik itu. Menyerabutkan matanya.
“ Rupanya Abang Ryan ada dekat sini. Tadi saya pergi
ke kelas Abang Ryan tapi kawan- kawan abang cakap abang kat library tu yang saya datang sini.” Ucap
Amalina dengan senyuman manis.
Abang? Hati Balqis tertanya- tanya. Wekk! Dia rasa
seperti mahu muntah bila ada orang membahasakan Ryan dengan sebegitu rupa.
Geli- geleman Balqis dibuatnya namun
Balqis tetap menayangkan muka poyo. Cool
beb.
“ Saya ada tugas kat blok ni, sebab tu saya tak ada
kat kelas lagipun masa rehat tak boleh lepak dalam kelas.” Balas Ryan lembut.
Walaupun ada getar di hujungnya.
Balqis ingin tergelak melihat wajah kelat Ryan.
Baharu bercakap dengan perempuan sudah tidak tentu hala. Maklumlah banyak
sangat peminat sampaikan tidak terkata sahabat baiknya itu.
“ Oh ye ke? Tak mengapalah saya datang ni nak bagi
ini kat Abang Ryan…” ujar Amalina. Dia menghulurkan coklat Cadbury yang berikat
reben berwarna pink pada Ryan.
Buntang bijik mata Balqis melihat coklat
kegemarannya diberikan pada Ryan namun Ryan hanya membatukan diri. Lelaki itu
memandang wajahnya seolah- olah memberi isyarat supaya Balqis mengatakan
sesuatu.
“ Adik ni nama apa? Form berapa?” Sampuk Balqis setelah agak lama mendiamkan diri.
Mata Amalina beralih pada wajah Balqis yang berada
di hadapannya. Dia tidak sedar pun kewujudan Balqis di situ hanya wajah kacak
Ryan yang dilihatnya.
“ Nama saya Amalina kak. Form four.” Jelas Amalina.
“ Oh, okey. Mari ikut akak sekejap.” Pinta Balqis
sambil menarik lengan Amalina dan membawa gadis itu jauh sedikit daripada Ryan.
Nampaknya terpaksalah dia selesaikan semua ini.
“ Ada apa kak?” tanya Amalina pelik.
“ Amalina suka pada Ryan ke?” soal Balqis tanpa
menjawab pertanyaan Amalina.
Amalina tersipu- sipu malu sebiji macam kucing
Parsi. Getik pula Balqis melihatnya. Namun tidak lama selepas itu, Amalina
mengangguk.
“ Akak nasihatkan Amalina batalkan saja niat Amalina
tu…” ucap Balqis penuh misteri.
“ Kenapa kak? Akak suka pada Abang Ryan jugak ke?”
potong Amalina pantas.
Balqis menepuk dahi. Minta simpang aku suka pada
lelaki macam Ryan. perangai tak matang seperti budak separuh umur. Sempat lagi
Balqis mengutuk Ryan dalam hati.
“ Bukanlah. Akak Cuma tak nak Amalina kecewa suatu
hari nanti sebab Ryan ni bukan macam lelaki lain.”
“ Maksud akak apa?” Amalina mula termakan dengan
lakonan bersahaja Balqis.
“ Dia tak suka perempuan!” ucap Balqis tiba- tiba
separuh berbisik. Dia membuat muka ketat supaya Amalina percaya dengan kata-
katanya. Sekilas dia memandang Ryan yang sedang memerhati mereka. Dia
mengangkat ibu jari kepada Ryan tanda semuanya baik.
“ Jadi dia suka lelaki ke?” Amalina terkejut.
“ Tak jugak.”
“ So, apa
yang lainnya?” Amalina semakin pelik. Berkerut beribu- ribu dahinya.
“ Dia tak minat perempuan dan dia juga tak minat
lelaki atau lebih tepat dia memang tak ada perasaan kat manusia. Bukan kat
manusia saja, kat binatang pun sama. Pendek kata ke panjang kata ke memang Abang Ryan awak ni tak ada
perasaan. Kosong. Sia- sia je awak suka pada dia. akak kawan dia akak tahulah.”
Ujar Balqis bersungguh- sungguh. Dia menepuk- nepuk belakang Amalina cuba
menyakinkan gadis itu.
“ Saya macam tak percaya pulak. Lelaki handsome
macam Abang Ryan tak ada perasaan pada sesiapa pun.” ucap Amalina. Dia
berpaling pada Ryan yang pada ketika ini menayang muka tak ada perasaan.
Amalina kecewa kerana orang yang dia puja, tidak normal.
“ Handsome tapi tak ada perasaan nak buat apa
Amalina. Buang masa awak je. Akak pun kasihan jugak pada dia tapi apalah sangat
akak boleh buat. Mak dengan ayah dia dah cuba bawak dia berubat tapi tak jalan
jugak. Dia memang tak ada perasaan. Lebih baik Amalina lupakan Abang Ryan ni.
Amalina cakaplah pada kawan- kawan Amalina yang lain. Abang Ryan ni tak sihat.
Sakitnya kronik. Sakit tak ada perasaan memang tak boleh diubati Amalina.”
Tekan Balqis lagi.
Wajah Amalina berubah nampak sangat dia dilanda
dengan perasaan kecewa. lambat- lambat dia mengangguk sebelum meminta diri.
Coklat yang berada dalam genggamannya diberikan pada Balqis. Bukan main gembira
Balqis kerana mendapat coklat kegemarannya itu. percuma pula siapa tak gembira.
Balqis berpaling dan melangkah menghampiri Ryan yang
setia menanti. Muka lelaki itu penuh tanda tanya. Senangnya Balqis menguruskan
Amalina sedangkan Ryan jenuh menghadapi kerenah Amalina yang ingin bermanja
dengannya itu.
“ So
amacam Qis? Dah beres ke?” tanya Ryan tidak sabar.
Balqis tersenyum manis hingga menampakkan lesung
pipitnya. Dia mengenyit mata. Selepas ini pasti tidak ada lagi pelajar
perempuan yang ingin mendekati Ryan. Dia yakin dengan gosip yang bakal
disebarkan oleh Amalina.
“ Done.
Kerja aku dah selesai. Lepas ni kau tak payah risau sebab dia dengan budak-
budak lain takkan kacau kau lagi.” ucap Balqis tenang. Dia menilik coklat yang
berada di tangannya. Dia lebih berminat dengan coklat itu berbanding dengan
wajah Ryan.
“ Kau cakap apa pada dia Qis?” tanya Ryan ingin
tahu.
“ Aku cakap kau tak ada perasaan sebab itulah kau
tak boleh suka kat sesiapa. Aku cakap kau ada penyakit perasaan yang kronik dan
aku gerenti lepas ni budak- budak tu takkan kacau kau. Hebat tak aku?” tanya
Balqis sambil ketawa besar.
“ Apa?!” Ryan terkejut beruk.
Balqis tidak dapat menahan tawanya. Pecah berderai
di situ juga melihat wajah kelat Ryan. Itulah suruh sangat aku tolong kan dah
kena. Padam muka!
BAB
18
RYAN terjaga dari tidur tepat pada pukul sembilan
pagi. Bayangan kenangan semalam bersama Balqis hilang dari ingatannya. Ryan menyelak selimut dan
bangkit daripada pembaringan. Serta merta matanya tertacap pada anak patung
beruang yang dihadiahkan oleh Balqis tempoh hari. Dia tersenyum kemudian
menarik hidung anak patung tersebut.
Ryan mengeliatkan badan sedikit bagi merenggangkan
badannya yang terasa lenguh. Dia menutup mulut kerana menguap lantas dia
mengorak ke jendela biliknya. Ingin menghirup udara segar. Perlahan- lahan dia
membuka tingkap bagi memberi ruang untuk angin masuk ke dalam biliknya. Dia
menarik nafas panjang. Segarnya. Bisik hati Ryan.
Namun udara segarnya diganggu dengan bau masakan
yang enak. Ryan menggosok hidungnya.
“ Bau macam sambal tumis je ni..” Ryan bercakap
sendirian. Tidak lama kemudian dia tersenyum. Lantas dia melangkah menuju ke
tingkat bawah.
Sampai sahaja Ryan di dapur, dia melihat belakang
badan Balqis yang sedang mencuci pinggan di singki. Bau masakan tersebut benar-
benar mencucuk hidung mancung Ryan. Dia tersenyum. Nampaknya Balqis tidak sedar
kehadirannya, dengan perlahan- lahan Ryan menghampiri belakang Balqis dan….
“ Hah!!” sergah Ryan kuat.
“ Hoii, hantu!” latah Balqis.
Namun tidak disangka akibat terlampau terkejut,
Balqis tersimbah air paip yang terdapat di dalam mangkuk ke muka Ryan! habis
basah lencun Ryan dibuatnya. Ryan terkaku sedangkan Balqis hanya terlopong dengan
reaksi spontannya yang terkejut.
Ryan memandang t-shirtnya yang basah kemudian dia
memandang wajah Balqis yang terkulat- kulat. Malang betul Ryan kali ini.
“ Memang terbaiklah Qis kau simbah air kat aku..”
ucap Ryan sambil mengibas- ngibas t-shirtnya. Rambut hitamnya yang turut basah
digosok dengan tangannya.
“ Aku tak sengajalah Ryan, siapa suruh kau
terkejutkan aku. Kau tahukan aku tak boleh orang sergah macam gitu. Kus
semangat tau.” Balqis memohon maaf. Dia memandang wajah Ryan yang kelat. Salah
kau jugak siapa suruh sergah aku. kan tak pasal- pasal mandi air paip. Balqis
tergelak dalam hati.
“ Malang betul dapat isteri latah macam kau ni..”
ujar Ryan.
Balqis mencebik. “ Isteri yang latah macam inilah
yang kau akan rindu suatu hari nanti bila kita dah berpisah.” Balas Balqis
selamba kemudian berlalu ke tingkat atas untuk mengambil tuala untuk Ryan.
Ryan hanya melongo. Dia duduk di meja makan sambil
memikirkan kata- kata Balqis sebentar tadi. Aku akan rindukan dia ke? Tanya
Ryan dalam hati. Dia mengetuk dagu. Namun soalannya dibiarkan tergantung kerana
kedengaran derap tapak kaki Balqis menghentikan lamunannya. Dia mendongak
melihat wajah Balqis yang berambut tocang sedang merenung dirinya. Ryan
mengangkat kening.
“ Bangun.” Arah Balqis.
“ Kenapa pulak?” tanya Ryan tetapi dia tetap menurut
arahan Balqis. dia berdiri betul- betul di hadapan Balqis. matanya tepat
memanah anak mata Balqis yang hitam pekat.
Balqis tidak mempedulikan pertanyaan Ryan sebaliknya
dengan selamba dia mengelap rambut Ryan yang basah termasuk wajah Ryan yang
basah. Dada lelaki itu yang bidang turut di lap supaya sisa air tersebut
hilang. Dia tidak mengambil pusing pada reaksi wajah Ryan yang terkejut. Buat-
buat saspens la si Ryan ni.
Ryan terkesima dengan perbuatan Balqis. Pantas dia
merenung ke dalam anak mata Balqis. dia dapat menemui kedamaian di situ. Dia
tersenyum. perlahan- lahan kedua belah tangannya diletakkan di atas bahu
Balqis.
“ Kalau ditakdirkan aku dan kau tak jumpa dengan
cinta masing- masing, kau nak teruskan hubungan ini tak?” Tanya Ryan tiba-
tiba.
Dia menantikan respon daripada Balqis. kelihatan
gadis itu mengetuk- ngetuk dagunya sambil mata memandang ke atas. Alahai,comel pulak dia ni. Bisik
hati kecil Ryan.
“ Kau tak cintakan aku dan aku pun sama, buat apa
kita bertahan kalau perasaan itu tiada. Kau pasti ada wanita idaman kau dan aku
pasti ada lelaki idaman aku. walaupun kita banyak persamaan Ryan tapi
sebenarnya kita jauh berbeza. Perempuan macam aku tak sesuai untuk lelaki macam
kau.” Balas Balqis serius. Dia menepis
tangan sasa Ryan dan menuju ke arah kuali untuk mencedok sambal tumis yang di
masaknya sebentar tadi.
Sebolehnya dia tidak mahu Ryan terus menyoalkan
tentang hubungan mereka lagi kerana dia tahu hubungan mereka tidak akan ke
mana, memandangkan dia tahu Ryan hanya menganggapnya sebagai sahabat sahaja dan
tidak mungkin akan lebih daripada itu.
“ Apa maksud kau ‘perempuan macam kau tak sesuai
dengan lelaki macam aku?’” soal Ryan pelik. Dia menghampiri Balqis.
Kedengaran Balqis mengeluh.
“ Kau sedar tak keluarga kau berpangkat, sedangkan
aku hanya perempuan biasa. Tentu saja sebagai lelaki kau dambakan seorang
perempuan yang lemah lembut, yang manja dan seorang perempuan yang dapat
memenuhi ciri- ciri wanita idaman setiap lelaki sedangkan semua itu tiada pada
aku Ryan. Aku tahu tentu kau rasa terseksa dengan perkahwinan ni kan?” tanya
Balqis memandang wajah Ryan yang setia mendengar celotehnya.
“ Kau rasa aku terseksa ke Qis? Selama aku berkawan
dengan kau, aku tak pernah fikirkan pasal pangkat atau keturunan malah aku tak
pernah pilih rupa untuk berkawan dengan mana- mana perempuan. Aku terima semua
kawan aku apa adanya. Aku tak nak kau bangkitkan lagi soal keturunan ini.
Memang mana- mana lelaki pun inginkan wanita yang seperti kau cakapkan itu,
tetapi tak semua yang kita nak akan kita dapat Qis kerana ALLAH lebih tahu apa
yang kita perlukan berbanding dengan apa yang kita mahukan…”
“ Dan wanita yang kau mahukan bukan seperti aku
kan?” pintas Balqis pantas.
Ryan terdiam. Jawapan apa yang harus diberikan pada
soalan Balqis yang boleh diketegorikan sebagai soalan maut itu. Ryan menggigit
bibir. Sedangkan Balqis masih menunggu jawapan daripadanya.
“ Aku rasa tak nak jawab soalan kau tu boleh tak?”
tanya Ryan sambil tersengih.Orang tengah serius dia boleh lagi tersengih. Memang
itulah perangai Ryan.
Balqis tersenyum lantas meneruskan kerjanya. ‘ Tak
perlu kau jawab Ryan sebab aku dah tahu apa jawapannya.’ Hati kecil Balqis
berkata- kata. Sedikit sebanyak hatinya terguris.
“ Lambatnya kau masak sarapan, biasanya sebelum
pukul sembilan sarapan dah siap.” Ryan bersuara selepas Balqis mendiamkan diri.
Dia tidak betah bila melihat mulut Balqis terkunci rapat.
“ Aku pergi jogging sekejap.” Jawab Balqis pendek.
Dia melangkah ke meja makan sambil menatang sambal
tumis ikan bilis dan juga nasi lemak yang sudah siap di masak. Kemudian dia
kembali ke dapur untuk mengambil air milo panas yang sudah siap dibancuh.
Ryan hanya melihat tingkah isterinya yang lincah
bagaikan lipas kudung bagi menyiapkan sarapan pagi untuk mereka.
“ Joging? Kenapa tak kejutkan aku sekali? Dah lama
aku tak pergi jogging.” Komen Ryan. dia mencapai gelas dan menuangkan air di
dalam cawan untuk dia dan Balqis.
“ Aku pergi dengan Daniel lagipun kau tidur aku tak
nak kejutkan.” Balas Balqis bersahaja.
Ryan tersentak. Pantas sahaja darahnya menyirap bila
mendengar nama lelaki lain meniti di bibir Balqis namun dia hanya bersikap
selamba. Dia tidak mahu Balqis mengesan perubahan air wajahnya. Lantas dia
meletakkan kembali teko air dan meneguk air milo panas itu sekali gus. Dengan
cara itu dia dapat menenangkan hatinya yang sedang mendidih. Apa kena pula
dengan Ryan ini?
Terkebil- kebil Balqis memandang Ryan selamba
meneguk air milo panas tanpa perasaan. Mamat ni okey ke tak?
“ Ryan, minum tu perlahan- lahan sikit air tu
panas.” Tegur Balqis.
“ Air panas tak mengapa jangan hati panas.” Sinis
Ryan. dia menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.
Namun Balqis hanya menganggap kata- kata gurauan
semata- mata lantas dia tersengih tetapi dia pelik juga dengan sikap Ryan yang
tiba- tiba menyepikan diri. Hanya mengadap pinggan nasinya. Kebiasaannya Ryan
akan berceloteh tiap- tiap apabila mereka sarapan. Lelaki itu suka bercerita
itu dan ini pada Balqis dan jika lelaki itu diam maknanya adalah yang tidak
kena pada Ryan.
“ Ryan..”
“ Qis..”
Mereka berkata serentak. Kedua- duanya terdiam namun
tidak lama selepas itu ketawa pecah di bibir mereka berdua. Macam mana boleh
tercakap sama pula. Desis hati Balqis. Alah Balqis ada chemistarylah tu.
“ Kau nak cakap apa?” Tanya Ryan selepas tawa mereka
reda. Cepat benar moodnya berubah. Tadi bukan main berasap lagi bila Balqis
menyebut pasal Daniel tetapi sekarang dia boleh tergelak pula. Sememangnya Ryan
tidak boleh lama bermasam muka dengan Balqis kerana dia akan terasa janggal jika
tidak mendengar celoteh Balqis.
“ Tak ada apalah. Saja je aku panggil kau sebab aku
tengok kau masam je. Kau marahkan aku ke?” Tanya Balqis lembut. Berkelip- kelip
mata bundarnya memanah anak mata hazel milik Ryan.
Ryan menarik nafas panjang. Dia memang kalah kalau
Balqis memandangnya begitu. Cair juga hati lelakinya bila dipanah dengan sinar
mata yang penuh ketenangan itu. lama kemudian, Ryan tersenyum.
“ Tak adalah. Aku nak menikmati masakan kau ni tulah
aku diam je. Hmm, boleh tahan jugak kau masak kan? Kau belajar dengan siapa?”
tanya Ryan cuba mengubah topik perbualan.
Dia tidak mahu hari minggunya rosak dengan cerita
antara Balqis dan Daniel. Lagipun Balqis dan Daniel adalah sahabat baik seperti
dia dan Balqis jadi buat apa dia harus marah atau ada rasa iri hati. Balqis
hanya sahabatnya dan gadis itu bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Jika
Balqis ada hubungan istimewa dengan Daniel pun Ryan tidak mahu mengambil pusing
dengan semua itu. Ya ke? Entahlah…
“ Aku belajar dengan mak akulah. Kalau tak takkan
adik aku tu boleh bukak restoren. Dia pun belajar memasak dengan aku tau. Kau
nampak je aku kasar macam ni tapi hati still
perempuan beb.” Ucap Balqis penuh bangga. Dia tersengih membariskan giginya
yang tersusun rapi.
Ryan mencebik. Meluat dengan kata- kata Balqis.
Bangga sangatlah tu.
“ Eleh, baru puji sikit dah melambung. Lepas ni
malas dah aku nak puji kau.” Ujar Ryan bersahaja. Dengan selamba dia menarik
tocang Balqis yang panjang hingga gadis itu terjerit kecil.
“ Aduh, sakitlah! Betullah aku cakap. Kau je yang
tak nampak ciri- ciri keperempuanan yang ada dalam diri aku ni.” Balqis
tergelak dengan kata- katanya sendiri.
Ryan mencebik lagi.
“ Banyaklah kau perempuan. Perangai kasar
mengalahkan jantan harap kau tu pakai tudung tau kalau tak, tak tahulah aku
macam mana nak handle kau ni. Aku
rasa kawan- kawan lelaki aku lebih lembut daripada kau kot.” Tempelak Ryan
alias mengutuk Balqis.
Ryan ketawa sedangkan wajah Balqis sudah mula
memerah. Gadis ayu macam aku ni dia cakap macam jantan? Tak patut betul si Ryan
ni. Memang nak menempah maut. Balqis mengecilkan matanya. Seronoknya kau gelak.
Jaga kau. Dengus Balqis geram dan tanpa amaran dia menumbuk bahu Ryan
membuatkan tawa lelaki itu terhenti.
“ Woi, sakitlah!” Marah Ryan terkejut. Dia menggosok
lengannya yang menjadi mangsa tumbukan Balqis. Boleh tahan juga bini aku ni.
“ Padam muka kau. Siapa suruh kau kutuk aku.” Omel
Balqis. dia cuba menayang muka serius tetapi hakikatnya dia ingin tergelak
melihat wajah Ryan yang berkerut seribu. I
like!
“ Aku rasa memang kau takkan jumpa cinta kau kalau
perangai kau tak berubah. Tak ada lelaki nak kat kau.” Sambung Ryan lagi masih
tidak berpuas hati.
Balqis bangun daripada tempat duduknya lantas
mengangkat pinggan kotor ke dapur. Malas dia melayan cakap Ryan yang hanya tahu
menyakitkan hatinya.
“ Ada aku kisah? Daniel kan ada, mungkin dia sudi
terima aku kot.” Balas Balqis dalam tawanya. Macam gatal pun ada juga.
Ryan mendengus. Daniel lagi. apa yang istimewanya
Daniel di mata Balqis pun Ryan tidak tahu padahal sepupunya itu bukan jenis
lelaki yang banyak cakap. Daniel seorang yang pendiam malah dia juga jarang
berbual dengan Daniel kerana bagi Ryan, Daniel seorang yang perahsia. Namun,
mungkin juga Daniel lain bila bersama dengan Balqis.
Ryan menghantar kelibat Balqis dengan pandangan
matanya. Tidak lama kemudian, dia mengekori langkah Balqis hingga ke dapur.
“ Apa istimewanya Daniel pada mata kau Qis?” tanya
Ryan tiba- tiba. Dia berdiri dekat dengan Balqis yang sedang mencuci cawan yang
kotor.
Balqis menghentikan pekerjaannya. Dia tersenyum
sendirian sebelum mendongak memandang wajah serius Ryan.
“ Nothing
special but I just like to be friend with him. Dia lain daripada lain.”
Jawab Balqis.
“ Tak sama macam aku ke?” tanya Ryan lagi. bunyi
macam tak puas hati je.
Balqis mengangguk penuh keyakinan. Ryan mengeluh.
Dia yakin pasti Balqis menyukai sepupunya itu kerana mata gadis itu
menyatakannya. Ryan dapat membaca sinar yang terpancar pada mata bundar itu
yang kelihatan bersinar bila menyebut nama Daniel. Ryan menggigit kuku.
Pantas tanpa kawalan dia memeluk Balqis daripada
belakang. reaksi spontan yang dia lakukan kerana hatinya terasa gelisah dan
tidak tenteram. Erat tangannya memeluk pinggang Balqis yang membelakangkannya.
Balqis terkedu dengan reaksi Ryan yang tiba- tiba.
Berdengup pantas jantung hatinya bila diperlakukan seperti itu kerana inilah
kali pertama Ryan melakukan hal seperti itu sejak mereka berkahwin. Balqis
dapat rasakan bahang tubuh Ryan menempel di belakangnya. Dia berpaling ke
belakang, cuba mencari raut wajah Ryan.
“ Kenapa ni Ryan?” tanya Balqis. dia cuba meleraikan
pelukan itu tetapi Ryan tidak membenarkan.
Ryan diam membisu. Dia meletakkan dagunya ke bahu
Balqis. dia tahu suatu hari nanti dia akan kehilangan sahabatnya itu. Berat
rasa hatinya untuk menerima hakikat yang suatu hari nanti dia akan kehilangan
Balqis namun apakan daya tidak selamanya dia ingin mengikat Balqis dalam
perkahwinan yang tidak mendatangkan apa- apa makna ini kerana Balqis berhak
untuk bahagia walaupun kebahagiaan itu bukan bersamanya.
“ Ryan…” Panggil Balqis lembut.
“ Ummu Balqis, andai kata kau dan aku berpisah
nanti, aku harap kau jangan lupakan aku sebagai kawan kau ya.” Ucap Ryan sayu.
“ Ryan please
jangan cakap begini. Aku belum jumpa dengan cinta aku lagi tak perlulah kau
risau. Kau kawan baik aku takkan aku nak lupakan kau pulak. Mengarutlah kau
ni..” balas Balqis. dia pelik dengan sikap Ryan hari ini.
Ryan tersenyum hambar. Dia terus- terusan memeluk Balqis.
Rambut Balqis yang panjang, diselak dan diselitkan di celah telinga. Satu
ciuman kecil hinggap di pipi gadis itu.
Balqis terpana. Benar- benar terpana! Bukan main-
main lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.