“Isyyy…kenapa benda ni tak nak masuk pulak.
Biasa-biasa okey aje. Hari ni dia buat hal pulak.” Bebel Aisya. Tangannya masih
mencuba untuk memasang langsir yang baharu sahaja dijahit oleh Mak Cik Zenab
jiran disebelah rumahnya.
Terkial-kial Aisya diatas kerusi. Memandangkan dia
seorang yang kementot maka terpaksalah guna bantuan kerusi. Kakinya
terjinjit-jinjit sambil mulutnya dari tadi terkumat-kamit membebel.
Jauh ditepi sudut, Hakimi Danial asyik memerhatikan
tingkah laku Aisya. Ada senyuman dibibirnya. Lucu barangkali melihat Aisya yang
bersusah payah untuk memasang langsir. Dah tahu diri kontot tak nak mintak
tolong orang yang tinggi ni. Ngomel Hakimi Danial.
Hakimi Danial menyandar ditepi dinding sambil
berpeluk tubuh. Dia ingin lihat sejauh mana Aisya berusaha untuk menyiapkan
kerjanya.
Namun, tiba-tiba kerusi yang dipijak oleh Aisya
bergoyang-goyang dan kerusi itu tidak dapat lagi menampung berat badan Aisya.
Tidak semena-mena kerusi itu patah dan bedebukkkkkkkkkkkkkk……Aisya menjerit
sekuat hati kerana membayangkan dirinya sudah terjelepok di atas lantai.
“Yang awak menjerit sekuat hati bagai nak gila ni
kenapa?”
Macam pernah ku dengar suara itu tapi dimana ya?
Detik hati Aisya.
Aisya membuka mata yang terpejam rapat selepas
mendengar suara Hakimi Danial.
Mulutnya sedikit ternganga kerana kini dia sedar bahawa
dia berada atas dukungan Hakimi Danial. Serta-merta pipinya merona merah.
“Turunkan saya.”Pinta Aisya. Dia berdehem kecil
untuk mengawal rasa malunya. Hakimi Danial segera menurunkan Aisya dari
dukungannya.
“Awak ni kalau buat kerja tak boleh berhati-hati
sikit ke? Kalau ada apa-apa yang terjadi pada awak tadi siapa yang susah kalau
tak saya jugak.” Bebel Hakimi Danial.
“Saya manalah tahu yang kerusi tu dah nak patah.
Kalau saya tahu kerusi tu nak patah sah-sah saya tak guna. Lagipun awak
janganlah risaukan saya. Saya boleh jaga diri saya sendiri.” Balas Aisya.
“Boleh jaga diri sendiri konon. Tadi menjerit bukan
main lagi. Macam orang gila. Nasib baik saya cepat sambut awak kalau tak memang
patah pinggang awak tu tadi.” Hakimi Danial menguak rambutnya kebelakang.
“Siapa suruh awak susah-susah sambut saya. Saya tak
suruh pun.” Ujar Aisya dengan nada selamba. Tangannya mengangkat kerusi yang
telah patah itu.
Hakimi Danial mendengus kasar.
“Lantak awaklah.”Hakimi Danial berlalu pergi
meninggalkan Aisya seorang diri disitu. Dia sedikit terasa hati dengan Aisya
kerana niat baiknya itu langsung tidak dihargai.
Aisya duduk berteleku di atas lantai.
“ Mamat tu terasa hati dengan aku ke?Aku salah cakap
ke?” Aisya berkata-kata sendiri. Langsir yang berada ditangannya
dipintal-pintal.
“Mungkin salah aku kot. Sepatutnya aku kena ucapkan
terima kasih pada dia sebab dah selamatkan aku. Isyyy…Aisya…Aisya.” Aisya mula
menyalahkan dirinya sendiri sambil menepuk kepalanya sendiri.
“Tak apalah. Nanti aku ucap terima kasihlah kat dia.
Moga-moga dia tak merajuk dah.” Ada senyuman dibibir Aisya.
Aisya menyudahkan kerjanya yang tergendala sebentar
tadi. Hatinya tidak sabar-sabar untuk menanti kepulangan Hakimi Danial. Dia
ingin minta maaf dan mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkannya.
HAKIMI Danial duduk seorang diri diatas buaian yang berbentuk bulat.
Tangannya memegang kemas sebuah Ipad. Aisya hanya tersenyum sendiri melihat
peluang yang terbentang luas didepan matanya.
“Come on Aisya. Sekarang masa yang sesuai untuk kau
mintak maaf dengan dia.” Bisik hati kecilnya.
“Isy…tak mahulah aku. Nanti kalau dia buat bodoh aje
macam mana?Aku juga yang malu muka.” Bisik hati kecilnya yang lain.
“Don’t be so negative lah Aisya. I know you can do
it.” Hati kecilnya yang lain memberi kata-kata semangat.
“Ya Aisya. I know you can do it. Persetankan dengan
semua rasa tu. Dalam hal ni kau yang salah bukan mamat tu.” Aisya bermonolog
sendiri. Tangan dikepal ketat sebagai tanda bersemangat.
Aisya segera ke dapur untuk membancuh secawan air
buat Hakimi Danial.
Dengan senyuman yang meleret dipipi Aisya berjalan
dengan penuh berhati-hati ke arah Hakimi Danial. Hakimi Danial hanya memandang
Aisya dengan ekor mata.
“Nah untuk awak.” Aisya tersenyum manis sambil
menyuakan secawan milo ais kepada Hakimi Danial.
Hakimi Danial memandang cawan yang dihulurkan
kepadanya tanpa berkata apa-apa. Tanpa mengendahkan huluran Aisya dia
meneruskan kerjanya bermain permainan Angry Bird di Ipadnya. Hati Aisya
mendidih.
“Isyy mamat ni aku nak pujuk dia pulak jual mahal.
Aku curah milo ais ni atas kepala karang baru tahu langit ni tinggi ke rendah”
Marah hati kecil Aisya.
“Sabar ya Aisya. Dalam pujuk memujuk ni perlukan
kesabaran yang tinggi. Lagipun kau kan suka adventure. Anggap aje misi ni satu
misi yang adventures.”Pujuk hati kecilnya yang satu lagi.
“Nah ambillah air ni. Saya buat milo ais khas untuk
awak tahu sebab bukan senang saya nak buatkan air untuk orang lain.” Aisya
mengambil tempat disebelah Hakimi Danial. Milo ais masih berada didalam
tangannya.
“Ceh…muka nampak cool tapi main angry bird..hehehe”
Hati Aisya gelak sakan apabila melihat Hakimi Danial bermain permainan angry
bird. Macam budak-budak saja mamat ni.
“Awak minum aje air tu. Saya tak dahaga. Kalau saya
dahaga saya boleh buat sendiri.” Akhirnya Hakimi Danial bersuara. Tangannya
masih lagi galak melastik burung-burung merah yang berada didalam Ipadnya.
“Alaaa..awak janganlah macam ni. Saya penat-penat
buatkan untuk awak. Takkan awak tak nak minum.”Aisya buat suara manja.
“Nak pujuk akulah tu. Ini Hakimi Daniallah. Tak
mudah gentar dengan pujuk rayu wanita.” Desis Hakimi Danial dalam hati.
“Siapa suruh awak buat. Saya tak suruh pun. Awak
minum ajelah air tu untung-untung boleh hilangkan penat awak buat air tu.”
Tempelak Hakimi Danial.
Hakimi Danial tidak mahu mengaku kalah. Dia ingin
melihat sejauh mana Aisya berusaha untuk memujuk dirinya. Sekali sekala bermain
tarik-tarik tali dengan Aisya ni pun seronok juga. Detik Hakimi Danial.
Aisya mula membuat muka seposen. Dia cuba untuk
memancing belas kasihan daripada Hakimi Danial. Namun usahanya itu sia-sia
sahaja. Hakimi Danial langsung tidak tertarik dengan muka seposen Aisya.
“Hahahaha…kelakar betul muka seposen kau tu Aisya.
Tapi sorry ya muka seposen kau tu tak laku.” Ngomel hati kecil Hakimi Danial.
“Isyyy…aku nak cakap apa lagi ni supaya dia terima
maaf aku?” Hati Aisya masih lagi berkata. Aisya telan liur.
“Aisya nak mintak maaa…….” Sebelum sempat Aisya
menghabiskan ayatnya Hakimi Danial sudah pun melangkah pergi meninggalkannya
seorang diri disitu. Aisya mati kutu.
“Susah jugak nak pujuk mamat sengal ni. Kalah budak
kecik. Kalau budak kecik senang aje nak pujuk. Bagi coklat dengan ais krim
terus okey. Bapak budak ni susah pulak nak pujuk. Takkanlah kena bagi coklat
dengan ais krim baru dia okey?” Aisya berkata-kata sendiri. Milo ais yang
berada ditangannya disuakan kemulutnya.
“Erkkkk……leganya. Hilang haus aku.Sedap juga aku
buat milo ais. Silap besar kau Hakimi Danial sebab jual mahal tak nak minum
milo ais yang aku buat. Sedap tau.” Aisya puji diri sendiri.
“Lepas minum jangan lupa masuk dalam sembahyang
Asar. Berdosa kalau tinggal solat dengan sengaja.” Laung Hakimi Danial didepan
jendala sebelum menghilangkan diri entah kemana. Mungkin pergi sembahyang Asar
barangkali.
Hampir tersedak Aisya dibuatnya.
“Isyyy…ada jugak ketinggalan mamat ni. Ingatkan dah
blah tadi rupanya sempat lagi sound aku. Tapi dia sound benda yang baik. So tak
adalah aku nak marah sangat.” Aisya masih lagi mengomel sendiri.
Aisya bergerak masuk ke dalam rumah untuk menunaikan
solat Asar. Nanti kalau dia ditangkap tidak bersolat tanpa alasan yang logik
pasti dia akan diceramah bebas oleh Hakimi Danial dan Nek Timah.
AISYA membetulkan tudung dikepalanya yang agak
senget. Kunci yang tersangkut didinding dicapai.
“Isya nak pergi mana tu?” Soal Nek Timah apabila
melihat Aisya seperti ingin keluar.
“Isya nak pergi kedai Pak Leman sekejap. Ada barang
nak beli.” Jawab Aisya. Lengan baju yang disingsing diturunkan.
“Dah malam ni. Tak boleh ke kalau Isya beli esok
aje.” Tangan tua Nek Timah ligat melipat kain diruang tamu.
“Tak boleh nek. Barang ni penting sangat. Ini soal
hidup dan mati Isya.” Aisya tidak mahu mengalah. Dia harus mendapatkan
barang-barang tersebut malam itu juga.
“Banyaklah kamu punya soal hidup dan mati. Ini kamu
nak keluar ni Kimi dah tahu belum?”
“Dah nek. Isya dah hantar mesej kat dia tadi. Isya
malas nak call dia. Kalau Isya call dia nantikan takut menganggu dia tengah
dengar ceramah kat masjid tu.” Ujar Aisya dengan nada lembut. Hakikatnya dia
langsung tidak menghantar pesanan ringkas pada Hakimi Danial.
Aisya menyalami tangan tua Nek Timah sebelum keluar
ke kedai. Enjin motor Yamaha Ego dihidupkan dan Aisya membelok keluar dari
simpang rumahnya. Namun tanpa disedari dia telah berselisih dengan motor Hakimi
Danial yang baharu sahaja pulang dari masjid.
“Eh2..tadi tu bini aku. Dia nak pergi mana pulak
malam-malam buta macam ni?”Gumam Hakimi Danial sendiri. Motornya dibelok ke
halaman rumahnya.
“Assalamualaikum nek.” Hakimi Danial menyalami
tangan Nek Timah yang masih lagi melipat kain.
Hakimi Danial mengambil tempat disebelah Nek Timah.
Tangannya juga bergerak untuk membantu Nek Timah melipat kain yang bertimbun
itu.
“Ramai tak orang kat masjid tadi?”
“Alhamdulillah ramai jugak nek. Tapi sayang nenek
dengan Isya tak ikut sekali. Kalau nenek dengan Aisya ikutkan best.”
“Insyaallah lain kali nenek pergi ya. Malam ni nenek
rasa penat sangat. Nak berjalan pun tak larat dah.” Ujar Nek Timah sambil
batuk-batuk kecil. Hakimi Danial terus menggosok belakang Nek Timah yang
sedikit bongkok itu.
“Nek nak air ke?Kimi ambil air untuk nenek ya.”
“Tak payahlah Kimi. Nenek batuk aje ni.” Nek Timah
mengurut-urut dadanya yang dirasakan sedikit sesak.
“Betul ni nek?”Hakimi Danial inginkan kepastian.
“Betullah. Kimi duduklah sini temankan nenek lipat
baju ya.” Nek Timah tersenyum manis. Hatinya sejuk apabila terpandangkan wajah
cucu menantunya itu. Bertuah Aisya. Detik hati Nek Timah.
Hakimi Danial membalas senyuman Nek Timah.
“Apa kata kalau baju-baju ni Kimi yang lipat. Nenek
duduk rileks je tengok Kimi lipat kain ya.” Kain batik yang berada ditangan Nek
Timah bertukar tangan.
“Kimi pandai ke lipat kain?”
“Gila tak pandai nek. Mestilah Kimi pandai. Ini
Hakimi Daniallah nek. Semua benda Kimi boleh lipat. Setakat lipat kain ni small
matter lah nek.” Hakimi Danial berseloroh sambil memetik jari.
Nek Timah tergelak kecil mendengar kata-kata dari
mulut Hakimi Danial.
“Tadikan nek masa Kimi nak masuk simpang Kimi
selisih dengan Isya. Dia pergi mana nek malam-malam buta macam ni?” Hakimi
Danial mula melipat kain batik dengan kemas sekali
“Kamu tak tahu ke dia pergi mana?”
“Entah. Dia pergi mana nek?” Hakimi Danial semangat
ingin tahu.
“Isya cakap dia dah bagi tahu yang dia nak keluar
tadi.”
“Masa bila pulak dia cakap kat Kimi. Masa Kimi nak
keluar pergi masjid tadi dia senyap aje tak cakap apa-apa.”Jelas Hakimi Danial.
Muka Nek Timah sedikit berkerut sehingga menampakkan garis kedutan di dahinya.
“Dia cakap dia hantar mesej kat Kimi. Entahlah si
Isya ni betul ke tidak. Kadang-kadang tu cakap tak pernah nak betul. Melencong
sana melencong sini. kelentong aje kerjanya. Bila nak berubah budak bertuah
tu.” Ujar Nek Timah dengan nada yang agak sedih.
Hakimi Danial mengeluarkan telefon bimbit dari poket
baju melayunya.
“Yalah nek. Tadi Isya ada hantar mesej kat Kimi tapi
Kimi je yang tak perasan mesej dia sampai sebab Kimi silent.” Tipu Hakimi
Danial. Kenyataan dia langsung tidak menerima satu pun pesanan ringkas daripada
Aisya.
“Ya ke?Lega sikit nenek dengar. Sekurang-kurangnya
dia hormat kamu sebagai suami dia. Nenek kalau boleh tak nak dia belakangkan
Kimi kalau nak melakukan sesuatu.”Ujar Nek Timah dengan penuh harapan.
Hakimi Danial hanya mengangguk dan tersenyum manis.
Tangannya menghabiskan lipatan kain yang terakhir.
“Okey nek. Kain ni semuanya Kimi dah settle. Hebat
tak Kimi lipat. Tak sampai lima minit Kimi dah dapat lipat semua kain.” Seloroh
Hakimi Danial. Lima minit apa ke bendanya. Pada hal ambil masa lebih kurang
setengah jam barulah kain itu settle.
“Bagusnya cucu nenek ni. Macam nilah baru dinamakan
cucu menantu mithali.”
Cucu menantu mithali??Pandai juga nenek ni bergurau
ya…hehehe…Gelak Hakimi Danial dalam hati.
“Nenek tak nak masuk tidur lagi ke? Dah pukul berapa
ni?”Hakimi Danial melihat jam ditangannya telah menunjukkan jam sepuluh malam.
“Yalah. Nenek pergi masuk tidur dulu ya. Kamu tolong
tunggu Isya ya. Nenek rasa dia keluar tadi tak bawa kunci rumah.” Nek Timah
bangun perlahan-lahan dan membawa masuk baju-baju yang telah dilipat oleh Hakimi
Danial.
“Baiklah nek.”Jawab Hakimi Danial ringkas. Matanya
menghantar Nek Timah ke bilik.
Punggungnya dihenyak atas kusyen yang
berbunga-bunga. Alat kawalan jauh dicapai. Skrin televisyen yang berwarna
bertukar warna dan mula bersuara.
Hakimi Danial mengeluh.
“Tak ada cerita bestlah pulak. Asyik cerita yang
sama aje.” Bebel Hakimi Danial sambil tangannya asyik menekan-nekan punat
siaran di alat kawalan jauh Astro.
Mata Hakimi Danial terpaku pada siaran ulangan
Maharajalawak Mega. Terkekek-kekek Hakimi Danial gelak. Gelak dengan lawak yang
dilakukan oleh kumpulan Jozan. Kumpulan Jozan memang kumpulan yang terbaik dari
ladang. Lawak mereka memang lawak yang asli dan tidak dibuat-buat.
Sesekali matanya melirik ke arah jam yang tergantung
di dinding. Dah hampir pukul 10 malam. Mana pulak Aisya ni pergi? Buat aku
sakit hati jelah minah ni.Tak apa aku bagi masa dalam sepuluh minit lagi, kalau
dia tak balik aku rantai pintu rumah ni. Huh!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.