BUNYI muzik di Kelab
Malam Blues membangkitkan semangat Syed Aryan untuk mengikut rentak irama yang
begitu rancak. Liuk lentok tubuh Sharifah Akyra di sebelahnya yang mabuk di
biarkan sahaja.
Sharifah Akyra menyuakan
segelas wain kepada Syed Aryan namun dengan pantas Syed Aryan menolak. Walaupun
dia suka mengunjungi kelab malam dan berpeleseran di kelab- kelab malam, namun
Syed Aryan masih menitikberatkan soal kesihatan. Minum arak akan membuatkan
kesihatannya terjejas.
Syed Aryan memandang
Sharifah Akyra yang terhuyung hayang cuba mengimbangkan badan. Dia ketawa kecil
melihat telatah kekasih hatinya yang mabuk itu.
“Darling, minumlah sikit.” Ajak Sharifah Akyra sambil menyuakan
gelas yang berisi wain ke mulut Syed Aryan.
“Kyra, I tak nak. You
fahamkan prinsip I. I takkan minum benda alah ni. Sedangkan rokok I tak hisap
takkan I nak teguk air ni pula.” Ujar Syed Aryan tegas.
“Alah you ni, kita
sekarang kat New York tiada siapa yang nak tahan kita. Kita bebas!” jerit
Sharifah Akyra sambil ketawa lepas.
Syed Aryan
menggelengkan kepala. Lalu, dia menarik tangan Sharifah Akyra yang terlebih
mabuk itu. Lengan wanita itu diheret sampai ke kereta. Sharifah Akyra ni kalau
dibiarkan begitu pasti melarat hingga tak ingat dunia.
“You ni dah terlebih
mabuk ni, Kyra. Jom I hantar you balik.” Syed Aryan menolak Sharifah Akyra ke
dalam perut kereta.
“I tak mabuklah sayang.
Pandai- pandai je you ni..hukk!”
Sharifah Akyra tersedu.
Syed Aryan tidak
mengendahkan Sharifah Akyra lantas dia menghidupkan enjin kereta dan membelah
kepekatan malam di kota New York.
Tiba- tiba, keretanya
terhenti di satu tempat yang asing bagi Syed Aryan. Dia tidak pernah melalui
tempat ini sepanjang dia tinggal di New York. Tempat itu terang dengan cahaya
yang bersinar menerangi kegelapan malam. Syed Aryan menelan air liur. Dia
memandang ke arah Sharifah Akyra yang sudah terlena di tempat duduknya.
“Aku dekat mana ni?”
Tanya Syed Aryan sendirian.
Perlahan- lahan, Syed
Aryan keluar daripada kereta dan meninjau tempat yang tidak pernah dia kunjungi
itu. Syed Aryan meneruskan perjalanannya tanpa arah namun langkahnya terhenti
apabila dia terlihat sebuah bangunan yang tersergam indah terpapar di
hadapannya.
“Masjid?” Syed Aryan
dilanda tanda tanya.
Lantas, dia mengorak
langkah lagi apabila dia terdengar gemersik suara perempuan mengalunkan ayat-
ayat suci al- Quran. Suara itu sungguh lembut dan halus hingga membuatkan jiwa
Syed Aryan dilanda resah.
Syed Aryan meneruskan
langkah. Dia terhenti di hadapan pintu masjid yang terukir cantik. Matanya
melilau melihat ke dalam kawasan masjid yang diterangi dengan cahaya lampu.
Dahi Syed Aryan berlapis apabila dia melihat seorang wanita bertelekung putih
sedang menunduk membaca al- Quran dengan khusyuknya. Siapa dia ni?
Syed Aryan ingin
menyapa namun lidahnya kelu. Tiba- tiba telinganya menangkap bunyi sesuatu dari
arah depan masjid itu. Syed Aryan mengalihkan pandangan. Serentak dia
menghayunkan langkah menuju ke bahagian hadapan masjid itu.
Alangkah terkejutnya
Syed Aryan apabila mendapati dirinya sendiri berada di situ sambil berjabat
tangan dengan seseorang yang memakai kopiah berwarna putih. Wajah Syed Aryan
mula dibasahi peluh. Kenapa aku boleh berada di situ? Hati Syed Aryan tertanya-
tanya.
“Aku terima nikahnya……”
Tiba- tiba telinga Syed
Aryan berdesing. Dia tidak dapat mendengar kata- kata seterusnya yang disebut
oleh lelaki yang seiras dengannya. Dia memejamkan mata dan membukanya kembali.
Namun saat matanya terbuka, semua wajah- wajah yang berada di hadapannya tadi
hilang daripada pandangan mata. Jantung Syed Aryan bergetar hebat. Apa yang dah
terjadi?
Tetapi apa yang
tertinggal adalah suara perempuan itu yang masih mengalunkan ayat- ayat Allah.
Syed Aryan menggelengkan kepala sambil menutup telinga. Dia tidak dapat
menerima ayat- ayat itu. Tidak! Jerit hati Syed Aryan.
Semakin dia menutup
telinga semakin kuat suara itu berkumandang. Akhirnya Syed Aryan membukakan
matanya dengan luas. Dia memandang ke kiri dan kanan. Jantungnya masih berdegup
pantas.
“Aku dekat mana ni?”
Tanyanya sendiri.
‘Aik, ni macam apartment aku je.
Mana perginya masjid tu? Siapa perempuan? Buat apa aku berjabat tangan dengan
ustaz itu?’ pelbagai persoalan muncul di benak Syed Aryan. Setelah agak lama
dia berteleku baharulah dia sedar yang dia bermimpi sebentar tadi. Syed Aryan
menarik nafas lega.
“Nasib baik mimpi je…” Syed Aryan tersenyum sendirian.
Tanpa membuang masa dia kembali meletakkan kepala di atas bantal dan zzzzz…
MUZAMIL tersenyum
memandang Tan Sri Syed Umar yang sedang bercakap- cakap dengan beberapa orang
penduduk Kampung Sentosa. Sejak daripada semalam dia berusaha untuk menjejaki Soleha
tapi semuanya gagal mungkin hari ini usaha meraka akan membuahkan hasil.
Tan Sri Syed Umar
menghampiri Muzamil yang sedang bersandar di kereta Mercedes milik mereka. Satu
senyuman dilemparkan.
“Macam mana ayah? Ada
apa- apa berita?” Soal Muzamil.
“Alhamdulillah,
akhirnya ada jugak yang tahu Soleha
ada di mana. Sekarang dia tinggal di Kampung Cherok Paloh. Cuma alamatnya ayah
tak dapat.” Terang Tan Sri Syed Umar.
Muzamil mengangguk. Dia
terdiam sejenak.
“Kita nak pergi
sekarang ke, ayah?” Tanya Muzamil lagi.
“Apa pendapat kamu pulak? Ayah tak kisah nak pergi bila cuma
ayah dah tak sabar nak berjumpa dengan Soleha. Hampir 30 tahun ayah tak
berjumpa dengan dia. Apa khabar dia sekarang? Berapa anak dia sekarang ni?” Tan
Sri Syed Umar berfikir sendirian.
Sungguh dia amat
merindui bekas kekasihnya itu. Hampir 30 tahun tidak bertemu pasti pelbagai
cerita yang boleh dikongsi bersama. Tetapi apa yang mengecewakan Tan Sri Syed
adalah Soleha telah berkahwin lain selepas kematian suaminya yang pertama.
Disebabkan itu Soleha berpindah ke Cherok Paloh. Memang mereka tidak berjodoh.
Fikir Tan Sri Syed Umar. Namun, janji mereka dahulu pasti dia akan tunaikan
andaikan anak Soleha adalah perempuan.
“Mil rasa kita gerak
hari ini teruslah ayah. Memandangkan masih pagi lagi ni. Kalau cepat selesaikan
hal ini cepatlah kita boleh jumpa dengan Mak Cik Soleha.” Balas Muzamil
mengejutkan Tan Sri Syed Umar daripada khayalannya.
“Ayah pun rasa macam
itu jugak. Jomlah.” Ajak Tan Sri Syed
Umar.
Muzamil mengangguk
lantas melompat masuk ke dalam kereta dan menuju ke destinasi yang di
rancangkan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.