SYED ARYAN mundar
mandir di hadapan Puan Sri Sharifah Mastura yang duduk bersandar sambil memeluk
tubuh di sofa dalam bilik bacaan yang selalu Tan Sri Syed Umar gunakan semasa hayatnya.
“Macam mana ni mama
takkan kita nak biarkan perempuan tak guna tu bermaharajalela dalam rumah kita
sendiri. Ary tak sanggup nak mengadap muka dia hari- hari,” ujar Syed Aryan
sambil menggigit jari.
Puan Sri Sharifah
Mastura melepaskan keluhan kuat.
“Habis tu apa yang mama
boleh buat kalau dah itu arwah papa kamu nak. Papa sendiri yang tulis wasiat tu
dan wasiat tu sah di sisi undang- undang. Kita kena ikut walaupun terpaksa,”
balas Puan Sri Sharifah Mastura tegang.
“Ary tak dapat terima
mama. Tak dapat terima langsung yang perempuan kampung tu jadi mem besar dalam
rumah ni,”
Syed Aryan
menggelengkan kepalanya. Dia meraup wajahnya yang kegelisahan apabila
mengenangkan yang dia hanya menumpang di dalam rumahnya sendiri.
“Itu Ary jangan bimbang
mama akan buat dia menyesal kerana masuk dalam keluarga kita. Dasar perempuan
tak sedar diri. Dahlah budak kampung ada hati nak rampas harta keluarga kita.
Apa kata Ary ceraikan saja perempuan tu dan selepas itu kita halau dia dari
rumah ni,” Puan Sri Sharifah Mastura memberi cadangan. Dia berdiri dan menepuk
bahu anak tunggalnya itu.
Syed Aryan terdiam
sebentar. Cerai? Kemudian dia menggeleng- gelengkan kepala.
“Ary rasa ceraikan dia
bukan selesaikan masalah tapi menambah masalah. Kalau Ary ceraikan dia
sekalipun, kita tetap tak boleh halau perempuan tu dari rumah ni sebab arwah
papa dah tetapkan syarat hanya selepas enam bulan baharu perempuan tu boleh
keluar atau tukar hak milik mama,” balas Syed Aryan.
“Ye tak ye jugak. Memang dasar perempuan tak guna.
Apa yang dia dah bagi pada papa sampaikan papa sanggup berikan rumah ni pada
dia? Mama memang sakit hati dengan perempuan tu. Sebab itu mama tak suka kamu
berkawan dengan golongan bawahan tengoklah apa yang jadi. Kita bagi dia tempat
tinggal, sekarang dia yang pijak kepala kita. Habis tu apa yang kamu nak buat
dengan perempuan tu?”
“Ary tak nak ambil tahu
pasal dia. Mama uruskan dia ikut suka hati mama. Ary tak nak ambil kisah,” ucap
Syed Aryan dengan muka tak ada perasaan.
Puan Sri Sharifah
Mastura tersenyum penuh makna. Memang itu yang dia mahukan. Dia akan membuat
Wafiya tidak betah tinggal di rumah itu. Dulu cinta mak kau yang merampas suami
aku sekarang aku takkan berdiam diri dengan membiarkan kau merampas harta aku,
Fiya. Kalau aku tak dapat balas dendam pada mak kau, jadi kau yang harus terima
balasan akibat perbuatan mak kau yang tak guna itu. Bisik hati Puan Sri Sharifah
Mastura penuh dengan dendam kesumat dan apa yang pasti dia tidak akan
melepaskan Wafiya sebelum gadis itu membayar harga sakit hatinya.
“TOLONG Puan Sri
lepaskan saya. Sakit Puan Sri!” rintih Wafiya dengan air mata yang lebat
mengalir di pipi.
Dia cuba melepaskan
genggaman tangan Puan Sri Sharifah Mastura yang kuat mencengkaman rambutnya.
Dia mengadu kesakitan tetapi Puan Sri Sharifah Mastura bertindak dengan lebih
ganas dengan menampar pipinya berkali- kali.
“Tahu sakit. Hati aku
yang sakit kau tak tahu. Kalau tak sebabkan janji laki aku dengan mak kau, aku
takkan dapat menantu sampah macam kau ni. Dulu mak kau menggatal dengan laki
aku dan sekarang kau berangan nak jadi mem besar dalam rumah ni. Lebih baik kau
cermin muka kau tu sikit atau kau tak pernah cermin muka kau selama ni. Mari
sini aku tunjuk muka kau biar kau sedar diri!” herdik Puan Sri Sharifah Mastura
lagi.
Dengan tidak
berperikemanusiaan, Puan Sri Sharifah Mastura menarik rambut Wafiya dan
mengheret tubuh kurus itu ke hadapan cermin. Dia menunja-nunjal kepala Wafiya
supaya gadis itu berdiri di hadapan cermin. Apabila Wafiya sudah berdiri, Puan
Sri Sharifah Mastura menarik kepala Wafiya ke belakang sedikit supaya kepala
Wafiya tegak memandang ke arah cermin.
“Kau pandang muka kau
tu betul- betul, sesuai tak dengan anak aku yang kacak tu. Kau sedar tak kau tu
tak ubah macam sampah di mata Ary malah kau lebih murah daripada pelacur di
jalanan. Kau tak payah nak berangan nak duduk dalam mahligai yang indah ni.
Budak kampung macam kau ni patut sedar diri, dahlah busuk, kotor ada hati nak
jadi anak raja!” tambah Puan Sri Sharifah Mastura dengan kasar. Tanpa belas dia
terus menghina Wafiya yang sudah menangis teresak- esak.
Wafiya terus- terusan
menangis. Remuk redam hatinya apabila dicaci dan dicerca sedemikian rupa
seperti dia tiada maruah dan harga diri. Ya Allah, kepada-Mu hamba berserah.
Tolonglah hamba-Mu ini. Rintih hati Wafiya bersama tangisan dan kesakitan.
“Saya tak mintak Tan Sri berikan rumah ini pada
saya, Puan Sri. Maafkan saya Puan Sri jika saya ada buat salah pada Puan Sri
tapi tolong lepaskan saya Puan Sri. Sakit…” rayu Wafiya lagi. Dia cuba
meleraikan cengkaman tangan Puan Sri Sharifah Mastura di rambutnya tetapi
semakin dia cuba semakin kuat Puan Sri Sharifah Mastura kuat.
“Kau nak aku lepaskan
kau ye?”
Pantas Wafiya
mengangguk dengan wajah yang berkerut. Dia cuba menahan kesakitan yang semakin
membalut dirinya. Namun, tanpa di sangka- sangka, Puan Sri Sharifah Mastura
menolak tubuh kurus Wafiya sehingga gadis itu jatuh tersungkur di atas lantai.
Tubuhnya yang kurus di sepak sesuka hati oleh wanita yang tidak
berperikemanusiaan itu.
“Rasakan kau dasar
perempuan sundal, perempuan sial!” jerit Puan Sri Sharifah Mastura lagi.
Seperti dirasuk iblis,
Puan Sri Sharifah Mastura memukul dan menyepak tubuh Wafiya dengan sesuka
hatinya tanpa ada sedikit belas kasihan dalam hatinya yang bergelar wanita. Dia
hanya inginkan kepuasan agar dendamnya terhadap Soleha terbalas.
Manakala Wafiya tidak
dapat berbuat apa- apa. Dia hanya menahan kesakitan yang tidak bertepi. Dia
hanya mampu mengerang kesakitan dan merayu agar tubuhnya yang lemah tidak terus
menjadi mangsa pukulan Puan Sri Sharifah Mastura. Namun, semakin dia merayu,
semakin kuat habuan yang diterima daripada Puan Sri Sharifah Mastura. Wafiya
hanya mampu berserah bersama air mata yang tidak berhenti mengalir mengenangkan
nasib diri yang diperlakukan seperti binatang.
MAK MILAH menjerit
memanggil nama Wafiya dari luar bilik anak gadis itu. Dia tahu Puan Sri
Sharifah Mastura telah melakukan sesuatu pada Wafiya kerana dia mendengar
jeritan suara gadis itu merayu pada Puan Sharifah Mastura.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.