SHARIFAH AKYRA tidak
berkelip memandang wajah kacak kekasih hatinya. Dia bagaikan tidak percaya
dengan pengakuan berani mati Syed Aryan yang mengaku telah bernikah dengan
pembantu rumahnya semata- mata ingin memenuhi impian arwah papanya.
“I can’t believe this honey, how could you….” Sharifah Akyra tidak
dapat menyambung kata- katanya. Dia cukup kecewa dengan apa yang berlaku.
“Sayang, I bukannya nak
sangat kahwin dengan dia tapi papa yang mintak
lagipun waktu tu papa tengah nazak, apa lagi pilihan yang I ada? Tolonglah
percaya pada I, sayang,” rayu Syed Aryan sambil mengenggam tangan Sharifah
Akyra yang lembut.
Sharifah Akyra menarik
balik tangannya dari terus berada dalam genggaman Syed Aryan. Dia cukup kecewa
malah sakit hati dengan perlakuan Syed Aryan.
“Kepercayaan I pada you
dah hilang, Ary. Kenapa you tak bincang dengan I dulu sebelum you buat keputusan?
You tahukan I sayangkan you dan I akan berada di sisi you tak kira suka mahupun
duka,” ucap Sharifah Akyra lembut.
“Please Kyra, I mohon pada you kali ini percayalah pada I. Apa yang
I lakukan itu semata- mata untuk papa I. Takkan you tak tahu yang I memang
sayang dan cintakan you setengah mati. I tak boleh hidup tanpa you. Please jangan merajuk dengan I lagi. I
dah cukup terseksa tak dapat tengok senyuman you yang manis tu,” pujuk Syed
Aryan lagi sambil memegang kedua belah bahu Sharifah Akyra yang terdedah.
Bunyi bising dalam
kelab malam itu tidak memberi kesan terhadap perbualan mereka. Liuk lentuk anak
muda yang tidak kenal erti halal haram tidak dipedulikan oleh Syed Aryan. Apa
yang penting hati wanita itu perlu diraih kembali agar dia tidak kelihatan
kecundang di mata kawan- kawannya yang lain.
Sharifah Akyra seorang
gadis yang cukup cantik dan jelita. Wajah Pan-Asia yang dimiliki gadis itu
memukau setiap mata yang memandang namun akhirnya gadis itu memilih Syed Aryan
sebagai teman istimewa. Betapa Syed Aryan rasa bangga apabila semua kawan- kawannya
memuji kehebatan Syed Aryan dalam menakluki gadis cantik seperti Sharifah
Akyra. Hal itu menyebabkan Syed Aryan perlu berhati- hati agar hati gadis manja
itu tidak terguris.
“Baiklah kali ini I
maafkan you tapi ingat I nak bagi amaran pada you jangan cuba nak curang dengan
perempuan kampung tu di belakang I. Kalau tak I akan putuskan hubungan kita,”
ugut Sharifah Akyra.
Ceh,
Akyra pandai betul kau berkata- kata cuba bayangkan kalau kau putus dengan
jutawan muda seperti Syed Aryan, siapa yang akan beri kau kemewahan lagi?
hatinya berkata- kata.
Syed Aryan melebarkan
senyuman. Dia mengangkat kedua belah tangan tanda tidak akan berlaku curang
terhadap gadis itu. Lantas tanpa segan silu Syed Aryan memeluk tubuh Sharifah
Akyra yang ramping. Walaupun Sharifah Akyra membalas pelukannya dengan hangat,
namun Syed Aryan tidak merasakan ketenangan yang dicari sebaik sahaja dia
keluar daripada rumah tetapi Syed Aryan sembunyikan rasa itu jauh dalam lubuk
hatinya.
Sharifah Akyra
mengangkat muka dan menatap wajah Syed Aryan yang kacak dengan penuh perasaan.
Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah Syed Aryan sementara tangannya
kemas memeluk tengkuk lelaki itu. Dia akan lakukan apa saja untuk memiliki
lelaki kaya itu.
Syed Aryan bagaikan
terpesona dengan renungan mata yang galak itu namun jauh di dalam hatinya
terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jiwanya gelisah secara tiba- tiba.
Pantas, saat bibir wanita itu hampir menyentuh bibirnya dengan pantas Syed
Aryan memalingkan wajahnya ke tempat lain menyebabkan ciuman Sharifah Akyra
tidak mengena.
Sharifah Akyra terkejut
dengan penolakan Syed Aryan. Lantas, dia meleraikan pelukan, wajah lelaki itu
dipandang dengan seribu tanda tanya.
“Hey,apa dah jadi ni? I ingat you sayangkan I…”
“Memang I sayangkan
you, tapi I mintak maaf, sayang. Let be our first kiss in our first night.
I hope you understand,” pinta Syed Aryan. Dia meraup wajahnya.
“Kenapa you tak
sayangkan I?” soal Sharifah Akyra lagi. Dia rasa sedikit terhina dengan
penolakan Syed Aryan. Selama ini bersusun lelaki ingin menjadi kekasihnya dan
memenuhi waktu sunyinya tetapi Syed Aryan menolaknya mentah- mentah. Memang
mendatangkan kemarahan.
“Sebab I sayangkan you,
I takkan sentuh you selagi you tak jadi isteri I yang sah and you jangan risau first
kiss I adalah untuk gadis yang yang I cinta dan gadis itu adalah you. Itu
janji I pada you, ” ujar Syed Aryan
dengan bersungguh.
Dia mengelus pipi
Sharifah Akyra dengan lembut membuatkan gadis itu tersenyum kembali. Gadis itu
kembali ke dalam dakapan Syed Aryan tanpa perasaan malu yang sepatutnya ada
dalam diri seorang manusia yang bergelar wanita.
“Ary, can I ask you something?” soal Sharifah Akyra dengan manja.
“Apa dia sayang?”
“You dengan minah
kampung tu dah ‘tu’ ke?” soal Sharifah Akyra.
Dahi Syed Aryan
berkerut. Dia mencari raut wajah Sharifah Akyra yang tersembam di dada bidangnya. Dia tidak faham
dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sharifah Akyra.
“Apa maksud you dengan
‘tu’?” tanya Syed Aryan pelik. Dahinya berlapis- lapis.
Sharifah Akyra menampar
lembut dada Syed Aryan. Dia mencebikkan bibir.
“You ni pura- pura tak
tahu pulak. You dengan minah tu dah ‘together’ ke? I mean as real husband and
wife,”
“What?! You ingat I ni apa? Suka- suka hati nak terkam anak dara
orang. Lagipun dia tu bukan taste I.
Tak selera I tengok perempuan kampung tu dahlah bertutup litup 24 jam. Rimas I
tengok. Tak ada satu pun pada diri dia yang mampu menarik perhatian I dan I nak
you tahu yang I tak pernah dan takkan pernah sentuh perempuan kuno tu. Please, not my taste darling. Bagi free pun I takkan pandang walau sebelah
mata,” ujar Syed Aryan dengan penuh rasa yakin yang dia tidak akan terpikat
pada isterinya itu.
Sharifah Akyra
tersenyum lega selepas mengetahui isi hati Syed Aryan yang sebenar. Sekurang-
kurangnya dia boleh menuntut janji daripada lelaki itu jika berlaku apa- apa
yang di luar jangkaan.
DI hamparan sejadah
yang terbentang, Wafiya Khadeeja duduk berteleku sambil menadah tangan memohon
kekuatan daripada Sang Maha Pencipta yang Maha Mengetahui segala yang telah
ditakdirkan untuknya. Walaupun dengan tubuh yang masih lemah dengan kesan luka
dan lebam yang menyakitkan, Wafiya gagahkan diri untuk Solat Sunat Tahajud dan
menyerah diri di hadapan Allah s.w.t.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau
maha mengetahui apa yang aku tidak ketahui jika ujian yang Kau berikan ini
mendekatkan aku dengan Kau, maka redhailah hatiku untuk menempuhnya dengan
berlapang dada. Aku tahu Engkau Maha Adil lagi Maha Penyayang, lindungilah aku
daripada kekejaman dunia dan jauhkan aku dari disakiti oleh hamba- hamba-Mu
yang lain.
Namun, jika ujian ini
adalah kifarah daripada dosa aku yang dulu, maka ampunkanlah dosaku kerana
sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa- dosa besar. Kau ampunkanlah dosa kedua
ibu bapaku, dosa Uncle Umar, dosa ibu
mertua ku dan juga suamiku walaupun aku bukanlah isteri dan menantu impian
mereka,” rintih Wafiya dalam doanya. Air matanya tidak berhenti mengalir
seolah- olah dengan mengeluarkan air mata, dapat mengurangi kesakitan yang di
alaminya.
Wafiya teresak- esak
bila terbayangkan wajah arwah ayah dan ibunya yang telah pergi meninggalkannya
keseorang di atas muka bumi ni. Tiada lagi tempat untuk dia mengadu, tiada lagi
tempat dia mencurahkan perasaan dan tiada lagi tempat untuk dia berkongsi
perasaan suka dan duka. Cuma yang tinggal sekarang hanya kegelapan yang
menyelubungi apabila terperangkap di dalam sangkar yang di luarnya bagaikan
istana tetapi di dalamnya tak ubah seperti gua yang kelam tanpa sinar yang
dapat menyinari harinya.
“Ya Allah, dengan
nama-Mu aku maafkan segala kesalahan insan-insan yang telah menyakitiku dan
moga Kau berikan hidayah dan petunjuk kepada mereka. Kau bukakanlah hati Tuan
Ary dan Puan Sri untuk kembali ke jalan yang Kau redhai dan jangan Kau
pesongkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk. Ya Allah, jodoh dan maut itu
urusan-Mu jika memang dia di takdirkan untukku, baik untukku, agamaku, duniaku
dan akhiratku maka Kau dekatkanlah hatiku dan hatinya namun jika dia bukan
untukku, Kau damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu dan Kau berikan yang terbaik
untukku. Hanya kepada Kau aku berserah dan meletakkan harapan. Amin ya Rabbal
al-amin,”
Wafiya mengakhiri
doanya dengan meraup wajahnya yang lesu dan tidak bermaya. Rasa ketenangan mula
menjengah ke tangkai hatinya yang gundah. Wafiya terasa lapang dan damai. Dia
tersenyum nipis lalu dengan tiba- tiba dia melurut jatuh di atas tikar sejadah.
Perlahan- lahan matanya yang berair tertutup rapat.
Tanpa disedari ada seseorang
sedang memerhatikan Wafiya dengan perasaan berbaur.