Tetamu Rindu

Tuesday 17 October 2017

INGKAR CINTA ( BAB 4 )



TERKINI! OKTOBER 2017

WARDAH melambaikan tangan pada sahabat-sahabatnya yang sedang mengorak langkah ke arahnya. Dia melemparkan senyuman dan menggamit Athira dan Amira yang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Namun, tiba-tiba pandangannya terpaku pada seseorang yang berjalan di belakang Athira dan Amira. Dia lagi! Hati Wardah menjerit.
Zapp! Bagaikan terkena kejutan elektrik, jantung Wardah berlari kencang saat Emir membalas pandangannya dengan senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Wardah dapat rasakan seperti hatinya cair dengan pandangan Emir yang redup. Kenapa aku asyik terserempak aje dengan dia? Adakah ini petunjuk yang dia jodoh aku? Bisik hati Wardah. Nakal.
“Assalamualaikum, Ada, kau ni dah kenapa? macam orang tak siuman je aku tengok. Kau pandang siapa tu?” soal Athira sambil berpaling ke belakang.
Waalaikummusalam, ish tak ada siapa-siapalah. Kau ni menyibuk je…” balas Wardah sambil matanya masih melirik ke arah Emir yang duduk bertentangan dengannya.
“Lama ke kau tunggu kita orang ni?” soal Amira sambil melabuhkan duduk di hadapan Wardah. Diikuti oleh Athira.
“Taklah lama mana. Aku pun baru habis kelas Encik Zahirul ni…” ujar Wardah sambil tersengih apabila melihat teman- temannya sudah mencebik.
Handsome tak Encik Zahirul hari ni?” soal Athira kegatalan. Dia tersengih- sengih.
Namun, belum sempat Wardah membalas, perbualan mereka diganggu oleh pelayan yang mahu mengambil pesanan. Selepas memesan makanan, mereka kembali menyambung perbualan.
Well, Encik Zahirul korang berdua tu memang sentiasa kacak tetapi hari ini dia buat sengal dengan aku…”
“Apa yang dia buat?” pintas Athira pantas.
“Kau ni pun tunggulah aku habis cakap dulu. Dia mintak aku jadi tutor untuk adik dia tu…” balas Wardah sambil mengacau-ngacau straw yang berada di dalam gelas.
Tutor?” soal Amira dan Athira hampir serentak. Mereka berpandangan. Kemudian mereka ketawa serentak.
“Apa yang korang gelak sangat tu?” tanya Wardah tidak berpuas hati.
“Gila kami tak gelak, Ada? Kau tak perasan ke yang Encik Zahirul tu sengaja nak dekatkan kau dengan adik dia. Entah-entah dia dah berkenan nak jadikan kau tu adik ipar dia kut…” usik Amira disambut gelak oleh Athira yang terkekek-kekek ketawa.
“Seronoknya korang gelakkan aku, sekali aku sumpah jadi sumpah-sumpah baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah,” balas Wardah geram. Dia mengetap bibir. Satu jelingan dilemparkan pada Athira dan Amira yang masih lagi mengekek ketawa.
“Aik, makin sensitif lagi aku tengok bila kita orang sebut pasal Zaf, kalau tak suka kenapa nak terasa? Tak gitu, Mira?” giat Athira lagi disambut dengan anggukan daripada Amira.
Wardah dapat rasakan wajahnya berbahang. Dia menepuk dahi. Makin pening dengan perangai kawan-kawannya yang asyik mengusiknya dengan Zafran. Kenapalah aku asyik kena gosip dengan Zaf je? Eh bukan taste akulah muka canggih macam tu. Bentak hati Wardah.
“Dah memang aku tak suka nak buat macam mana. Dia bukan taste akulah. Taste aku macam tu…” ucap Wardah sambil menjuihkan bibirnya ke belakang.
Athira dan Amira memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Wardah. Seorang lelaki memakai jaket berwarna hitam sedang berbual dengan kawan-kawannya. Athira dan Amira terpaku melihat wajah lelaki tersebut kemudian dia memandang pada Wardah yang sedang menongkat dagu sambil memandang wajah lelaki tersebut dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
“Mak aii, selera kau Ada. Handsome betul mamat tu. Siapa dia?” soal Athira sambil mengangkat- angkat kening.
“Entah. Aku tak kenal pun tapi aku tahu dia seorang lelaki yang hebat. Handsome dia bukan terletak pada wajah semata-mata tapi ilmu dia yang buatkan dia tambah handsome di mata aku,” ujar Wardah sambil tersenyum penuh makna.
Athira dan Amira melongo. Terkebil-kebil dia memandang Wardah yang sedang tersenyum simpul. Belum sempat dia bertanya dengan lebih lanjut, anak mata Amira tertancap pada kelakuan Emir Rehan yang sedang mencampak seekor kucing yang dipegang ke tanah sehingga kucing tersebut mengiau kuat. Mereka bertiga saling berpandangan.
“Kalau muka handsome, tapi suka aniaya binatang buat apa, Ada. Cancel jelah,” ujar Amira sambil menggelengkan kepala.
Wardah mengetap bibir. Kecewa juga rasa hatinya. Dia memang pantang kalau ada orang yang cuba menganiaya binatang terutama kucing. Apa salah binatang tu sampaikan sanggup dicampak sehingga tersungkur ke tanah. Wardah naik bengang.
Pantas, tanpa dia sedar, dia sudah bingkas bangun daripada kerusi dan menuju ke arah Emir Rehan yang sedang duduk berseorangan. Panggilan daripada kawan-kawannya tidak diendahkan.
“Assalamualaikum,” ucap Wardah berdiri di hadapan Emir Rehan. Wajah lelaki itu kelihatan berkerut.
Waalaikummusalam, ya saya… Awak?”
“Saya nampak apa yang awak buat tadi. Sampai hati awak kan, lempar je kucing tu macam tu. Sakit, awak tahu tak? Tak boleh ke awak letak kucing tu perlahan-lahan? Walaupun kucing tu binatang tapi dia tetap makhluk Allah yang ada perasaan. Kalau tak suka kucing tak payahlah pegang!” Bentak Wardah tiba-tiba. Wajahnya merona merah menahan amarah.
“Saya rasa awak dah salah faham ni…”
“Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Kawan-kawan saya tu hah… Nampak apa yang awak buat. Awak campak kucing tu kat tanah. Kalau pinggang kucing tu patah macam mana? Awak nak bertanggungjawab?” soal Wardah lagi. Dia bercekak pinggang. Dia tidak mempedulikan mata- mata yang memandang ke arahnya
 “Biar saya terangkan….”
“Nak terangkan apa lagi? Bukti dah jelas.” Potong Wardah tidak memberi peluang pada Emir Rehan untuk bercakap.
“Maaf, ini tisu yang adik minta tadi. Maaf, mak cik lambat sikit…” sampuk seorang mak cik sambil menghulurkan sekotak tisu pada Emir Rehan.
Emir Rehan menyambut huluran mak cik tersebut. Beberapa keping tisu diambil lalu dilekapkan di lengannya yang berdarah. Berkerut dahi Emir Rehan menahan sakit dan pedih.
“Terima kasih, mak cik…” ujar Emir Rehan.
Bebelan Wardah terhenti apabila melihat luka di lengan Emir Rehan. Kesan luka tersebut seperti di cakar oleh sesuatu. Oh, tak mungkin….Wardah menutup mulut. Dia sudah tersalah sangka.
“Lengan awak tu kenapa?” Wardah memberanikan diri untuk bertanya. Jantungnya berdetak tidak menentu.
“Kena cakar dengan kucing…” balas Emir Rehan selamba. Dia memandang wajah Wardah yang bersih. Gadis itu kelihatan gelisah. Dia tersenyum nipis.
“Saya… Saya…” Wardah kehilangan kata. Dia terasa wajahnya merona merah. Malu dengan sikap terburu- burunya tanpa mendapatkan penjelasan Emir Rehan terlebih dahulu.
“Mesti awak nak mintak maaf kan? Tak mengapa, saya maafkan awak. Bukan salah awak pun. Awak cuma ambil berat tentang kucing tu je. Pasal tadi tu, saya tak sengaja campak kucing  kat tanah, dah kucing tu cakar tangan saya ni, itu saya terkejut lepas tu tercampak kat tanah. Niat saya nak bagi kucing tu makan je…” terang Emir Rehan sambil berdiri. Dia memandang wajah Wardah yang sudah tertunduk.
“Saya mintak maaf awak. Saya dah salah sangka. Saya ni pantang kalau tengok orang berkasar dengan kucing. Itu yang saya jadi emosi tu,”  balas Wardah. Suaranya tenggelam timbul. Malunya hanya Tuhan yang tahu.
“Tak mengapa. Saya faham niat awak tu baik. Kalau awak nak tahu saya pun sukakan kucing jadi saya faham apa yang awak rasa…” ujar Emir Rehan sambil tersenyum manis.
Dia mencapai jaket dan beg sandangnya. Dia menjeling sekilas pada Wardah yang masih lagi dihurung rasa bersalah. Dalam hati dia tersenyum mengenangkan sikap Wardah yang agak kelam-kabut. Comel juga dia ni. Bisik hati Emir Rehan sebelum berlalu meninggalkan Wardah.
Wardah menggigit bibir. Dia sudah tersalah langkah kali ini. Dia mengangkat muka memandang wajah teman-temannya yang turut menepuk dahi melihat telatahnya. Gerenti peluang aku nak berkawan dengan Emir semakin tipis. Aduhai, Wardah kenapalah kau ni kelam kabut sangat!

ZAFRAN memutar-mutar pen di atas mejanya. Dia melihat jam di tangan. Mana Wardah ni kata nak ulang kaji sama-sama. Sampai sekarang batang hidung pun tak nampak. Zafran mendengus.
“Hai Zaf, kau buat apa kat sini? Sorang je ke?” sapa Riduan sambil melabuhkan duduk di hadapan Zafran diikuti oleh Iqram yang turut tersenyum memandang wajah muram Zafran.
“Haah, aku tengah tunggu kawan, nak ulang kaji. Petang nanti ada test, kau berdua ni dari mana?” soal Zafran kembali. Dia memandang wajah Riduan dan Iqram.
“Baru je habis kelas akaun tadi. Mesti kau tengah tunggu Wardah kan?”
Zafran hanya tersenyum tanda mengiakan. Tak perlu dijelaskan lagi. Semua orang tahu dia dan Wardah bersahabat baik kerana mereka satu kursus dan satu kelas tetapi tidak ramai yang tahu dia dan Wardah membesar bersama- sama. Tinggal pun berjiran.
“Aku tengok kau dengan Wardah bukan main baik lagi. Di mana ada kau di situ ada Wardah. Awek-awek kau yang lain tak marah ke?” Riduan memulakan bicara. Iqram hanya mengangguk setuju.
“Betul tu Zaf, satu kampus tahu yang kau ni jejaka hangat di pasaran, semua perempuan kat kampus ni nak jadi girlfriend kau, Wardah tu koleksi kau juga ke?” tambah Iqram.
Zafran hanya bersikap selamba. Dia sudah lali dengan pertanyaan seperti itu. Rasa seperti mahu dirakamkan segala jawapan dan apabila ada yang bertanya, biar dia putarkan sahaja. Senang kerja.
“Mengarutlah kau ni. Takkanlah kau tak kenal aku dengan Wardah, dia kawan biasa aku je macam orang- orang lain. Tak ada yang istimewa pun…” balas Zafran acuh tak acuh. Dia cukup tak suka dikaitkan dengan Wardah tapi apa boleh buat Wardah adalah kawan yang baik cuma dia tidak suka dikaitkan dengan mana- mana perempuan.
“Tapi kan aku tengok dalam ramai-ramai perempuan yang kat kolej ni semuanya dah berjaya kau tackle tapi aku tengok Wardah tak berminat dengan kau. Apa kata kau kau try Wardah pulak…” Riduan memulakan bicara menghasut fikiran Zafran.
“Apa maksud kau, Duan?” soal Zafran mula tidak selesa.
“Maksud Duan ni Zaf, dia nak bertaruh dengan kau, kalau kau dapat jadikan Wardah girlfriend kau maknanya kau ni playboy yang bertaraf lima bintanglah. Semua perempuan akan tunduk kat kaki kau. Aku pun nak bertaruh dengan kau betul tak, Duan?” sampuk Iqram sambil mengangkat kening pada Riduan.
“Betul, kalau kau dapat cairkan hati Wardah yang keras tu dalam tempoh beberapa minggu, aku akan bagi kau lima ratus, Iqram bagi kau lima ratus. Kalau kau tak dapat tackle dia maknanya tak dapatlah lima ratus tu…” balas Riduan sambil tersenyum jahat.
Zafran mengetuk dagu. Dia mengira-ngira apa yang dikatakan oleh Ridhuan dan Iqram. Tawaran agak menarik tu Zaf, apa lagi terimalah. Hatinya berbisik jahat.
“Yang kau berminat sangat dengan Wardah ni kenapa? Atau kau sengaja nak kenakan aku dengan Wardah?” Zafran semakin curiga.
“Tak adalah, Zaf. Aku cuma nak uji kau. Nak tengok tahap mana playboy kau tu. Kalau perempuan yang hati keras macam Wardah tu kau boleh tundukkan, maknanya kau memang playboy  yang high class,” balas Riduan.
“Apa kau nak tunggu Zaf, alah setakat jadikan dia awek kau je bukan susah pun lepas kau dapat duit, kau tinggal je Wardah tu…” sampuk Iqram.
Zafran terdiam sebentar. Kalau aku dapat jadikan Wardah kekasih aku, aku dapat seribu. Bukan senang nak dapat duit free macam tu. Alah, setakat Wardah tu bukan susah sangat pun nak pikat dia. Akhirnya Zafran tersenyum.
“Bila aku boleh dapat duit tu?” soal Zafran.
Riduan dan Iqram berpandangan. Mereka tersenyum simpul.
“Lepas mid term break ni pastikan Wardah jadi milik kau…” ucap Riduan.
Zafran hanya mengangguk. Selepas bersalaman Riduan dan Iqram beredar meninggalkan Zafran yang masih setia menanti Wardah.

BETUL ke apa yang kau buat ni Duan?” soal Iqram selepas berlalu meninggalkan Zafran.
Riduan tersenyum sinis. “Biar Wardah tahu betapa sakitnya hati aku bila dia tolak cinta aku dulu. Biar dia rasa apa yang aku rasa,” balas Ridhuan sarat dengan rasa benci.
“Cerita tu kan dah lama Duan, dah dua tahun berlalu kenapa baru sekarang kau nak balas dendam pada Wardah?”
“Sebab ini tahun terakhir dan biarlah ia meninggalkan kesan dalam diri Wardah. Kenapa dia tolak aku sedangkan dengan Zafran, bukan main baik lagi. Biar dia rasa bila orang yang dia suka akhirnya hanya main-mainkan dia seperti mana dia main-mainkan perasaan aku,” ujar Riduan sambil berlalu terlebih dahulu meninggalkan Iqram.
Iqram menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Sepanjang dia mengenali Wardah dan Riduan, belum pernah dia melihat Wardah cuba memainkan perasaan Riduan. Dia kenal dengan sikap Wardah yang agak kurang bergaul dengan lelaki cuma dengan Zafran, gadis itu agak baik. Tapi itu bukan boleh membuktikan yang Wardah mainkan perasaan Riduan kecuali Riduan yang perasan.
“Apa- apa je Duan. Asal kau bahagia..”

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.