Tetamu Rindu

Tuesday 17 October 2017

PENGUMUMAN!

Assalamualaikum pengunjung blog Merah Lavender, dengan ini SK nak umumkan yang novel Ingkar Cinta telah diterbitkan. 4 tahun kisah ini terperuk dalam komputer akhirnya berjaya juga diterbitkan... hehehe... Di sini SK ada update bab-bab awal, jadi bolehlah baca terlebih dahulu sebelum dapatkan ya...

Jika ada yang tertanya tentang INGKAR CINTA, SK cuma nak cakap INGKAR CINTA hanyalah novel yang biasa. Kisah cinta yang sederhana. Kisah cinta orang biasa. Kisah persahabatan dan kekeluargaan. Juga kisah remaja dan cinta. Kisah Wardah dan Zafran cukup santai dengan konflik yang tidak berat seperti novel2 SK yang terdahulu. Nak tahu macam mana 'rasa' novel ni, kena dapatkan ya... :-)

OKTOBER 2017

Tajuk: Ingkar Cinta
Penulis: Siti Khadijah
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-2102-23-6
Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Penulisan2u


***********

SINOPSIS:-

ZAFRAN WAZIEN. Entah kenapa, setiap kali Wardah berada di sampingnya dia rasakan dirinya sempurna. Sukar untuk dia gambarkan perasaan itu kerana rasa itu hadir setiap kali Wardah ada bersamanya. Tetapi Zafran tahu, lelaki sepertinya tidak layak untuk mendapatkan sekeping hati milik Wardah.

Kau tahu tak apa beza kau dengan laut?” ZAFRAN WAZIEN.
Aku rasa banyak perbezaan.” – WARDAH ZAHRA.
Betul. Memang banyak perbezaan. Laut menenangkan sesiapa saja yang memandang tapi kau, hanya beri ketenangan pada aku…” – ZAFRAN WAZIEN.

Sehinggalah, kebenaran selama ini dipendam terbongkar. Wardah kehilangan kata-kata. Jiwanya terluka. Hatinya hancur berkeping-keping. Sahabat yang selama ini dianggap seperti saudaranya sendiri akhirnya mengkhianati dia.

“Aku tak main-main, Ada. Kau banyak sedarkan aku tentang erti cinta. Kau yang banyak ubah aku menjadi orang yang lebih baik, aku tak bohong bila aku katakan yang aku memang jatuh cinta pada kau. Aku terperangkap dalam lakonan yang aku ciptakan sendiri…” – ZAFRAN WAZIEN.

EMIR REHAN hadir menghulurkan cinta saat Wardah sedang kesedihan membuatkan Wardah
pasrah. Kebaikan dan kelembutan serta ilmu agama yang tinggi yang dimiliki oleh Emir Rehan menambat hati Wardah dalam diam. Emir Rehan, Mr. Crushnya. Mana mungkin dia menolak cinta yang dihulur sedangkan itu yang ditunggu-tunggu selama ini.
Namun, benarkah hatinya milik Emir Rehan dan bagaimana pula dengan cinta Zafran Wazien?

“Hati ni adalah kaca yang sekali tergores maka susah nak hilangkan kesannya. Hati ni juga umpama batu yang sekali terukir namanya akan susah untuk memadamkannya…”WARDAH ZAHRA.



*** CARA PEMBELIAN:
1. BOLEH BUAT PEMBELIAN SECARA TERUS DI APLIKASI KARYASENI.
2. BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU POPULAR ATAU MPH ATAU KEDAI-KEDAI BUKU YANG BERDEKATAN.
3. BOLEH DAPATKAN SECARA TERUS DENGAN SK. BOLEH HUBUNGI SK MELALUI:
      - FACEBOOK PAGE: KARYA SITI KHADIJAH.
      - EMAIL: siti.khadijah5602@gmail.com
      - WHATSAPP: 019-9700 358
 
Notes:
- Setiap pembelian melalui SK, akan disertakan sekali dengan tanda tangan penulis.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.