Tetamu Rindu

Monday 26 November 2012

Rindu Dalam Sepi (Bab 1 & Bab 2)

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah
Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratan-Nya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa
Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku…

BAB 1
MARDIYAH gementar saat berada di hadapan pintu pejabat yang tertera nama Muhammad Ammar Mukhriz bin Datuk Zainal. Maklumlah itu adalah pejabat majikan baharunya selepas dia ditukarkan daripada Hotel Mutiara ke Hotel Saga yang merupakan hotel induk kepada Hotel Mutiara. Pertukaran dia diminta oleh Datuk Zainal sendiri kerana setiausaha anak lelakinya sudah berhenti kerja.

Sepanjang berkhidmat untuk hotel milik Datuk Zainal, Mardiyah belum pernah lagi melihat wajah anak lelaki Datuk Zainal kerana menurut Soleha kawan sepejabatnya dulu, Ammar memang jarang menguruskan hotel- hotel bawahannya kerana Datuk Zainal ingin Ammar hanya menguruskan Hotel Saga. Hotel terbesar milik keluarga Datuk Zainal.

“Assalamualaikum…” salam dihulurkan sebelum tombol pintu dipulas perlahan.

Mardiyah menjengukkan sedikit kepala apabila salam bersambut.

“ Masuklah.” Pelawa Ammar yang sedang duduk sambil mencatatkan sesuatu di atas kertas.

Dengan tenang Mardiyah masuk dan duduk selepas dipelawa oleh tuan punya bilik. Sempat lagi dia memerhatikan keadaan bilik yang kemas dan rapi itu. Nampak cantik. Desis hati Mardiyah.

“ Ainur Mardiyah binti Yasir. Awak setiausaha daripada Hotel Mutiara yang ditukarkan ke sini kan?” tanya Ammar sambil memandang tepat pada wajah yang berada di hadapannya. Seorang gadis yang agak sopan pada pandangan Ammar, mungkin sebab gadis itu berbaju kurung dan bertudung. Wajahnya pun Ammar tidak nampak dengan jelas kerana gadis itu menunduk.

“ Ya saya encik.” Jawab Mardiyah lantas mendongak.

Mardiyah terkedu apabila mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Ammar mengalihkan pandangan ke tempat lain. Ternyata apa yang bermain di fikiran Mardiyah dahulu benar- benar salah berkenaan Ammar. Dia membayangkan Ammar seorang yang biasa- biasa mungkin juga boleh diketogerikan sebagai lelaki yang sivik ataupun nerd tetapi ternyata anggapannya salah sama sekali kerana yang berada di hadapannya ialah seorang yang kacak dengan kulitnya yang putih kemerahan dan rambutnya yang hitam keperangan saling tak tumpah seperti anak kacukan. Tetapi Datuk Zainal Melayu sejati.

“ Saya nak tahu apa istimewanya awak sampaikan Datuk Zainal memilih awak untuk menjadi setiausaha saya?” Soal Ammar menguji. Mata hazelnya difokuskan pada laman wajah Mardiyah.

“ Bagi pihak Datuk Zainal saya tidak tahu apa istimewanya saya cuma yang saya rasa, saya seorang yang komited dengan kerja saya dan insyaALLAH saya akan setia bila bekerja.” Ujar Mardiyah sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya.

Ammar hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar daripada bibir mungil itu. Ternyata gadis yang tampak lembut itu rupanya pintar juga dalam berkata- kata.

“ Okey saya harap awak akan kotakan apa yang awak cakapkan jangan setakat cakap kosong. Saya nak awak tahu yang saya tak suka pekerja yang malas,lambat dan saya paling tak suka pekerja yang datang lewat ke pejabat. Memandangkan awak dah ada pengalaman, saya tak nak awak cuai bila jadi setiausaha saya kerana saya bukan seperti bos awak yang dulu. Saya harap awak faham.” Ujar Ammar panjang lebar.

Mardiyah mengangguk. “ Saya juga seorang yang sentiasa berpegang pada apa yang saya cakapkan tidak kira sama ada encik percaya atau tidak.” Balas Mardiyah serius.

“ Baiklah kalau begitu, awak boleh mulakan tugas awak sekarang.”

 

“HEY, what the hell!” bunyi suara seorang gadis menjerit mengejutkan Ammar yang sedang membayar bil di kaunter tengah hari itu. Dia kenal dengan suara itu. Ya, itu suara Lydia kekasih hatinya. Kenapa agaknya?

“ You ni buta ke tak nampak orang sampai habis baju I ni.” Jerit Lydia pada gadis yang berada di hadapannya itu.  Dia menguis-nguis baju blausnya yang terkena ais krim yang dipegang oleh gadis bertudung biru itu.  Mendidih hatinya melihat wajah cuak gadis itu.

“ I’m sorry miss. Saya tak sengaja. I’m really sorry.” Pinta gadis itu dengan rendah diri.

“ You ingat dengan sorry you tu boleh bersihkan baju I yang you dah kotorkan ke?” herdik Lydia lagi tanpa perasaan belas apabila telah memalukan gadis itu di khalyak ramai.

“ Saya tahu saya salah kan….”

“Lydia, kenapa kecoh- kecoh ni?” tanya Ammar menghampiri kekasih hatinya yang sedang meruap kepanasan.

“ Sayang you tengoklah apa yang perempuan ini dah buat pada I, dia dah tumpahkan ais krim pada baju I.” rengek Lydia pada Ammar yang turut memandang pada kotoran yang melekat pada baju Lydia.

Miss, I think you should…” Ayat Ammar tidak bersambung apabila dia terpandangkan wajah gadis yang dikatakan oleh Lydia sebentar tadi dan ternyata gadis itu juga terkejut memandang ke arahnya.

“ Diya, what are you doing here?” tanya Ammar separuh terkejut.

Honey, you kenal perempuan ni?” Pintas Lydia sebelum sempat Mardiyah menjawab.

“ Yes, she’s my secretary.”

“ Encik Ammar, saya mintak maaf saya betul- betul tak sengaja tertumpahkan ais krim atas baju cik ni. Tadi saya nak elakkan dari terlanggar budak tu jadi secara tak sengaja ais krim itu tertumpah.” Jelas Mardiyah dengan riak yang serba salah. Dia memang tidak sengaja tetapi perempuan yang dikenali sebagai Lydia itu sengaja ingin memperbesarkan masalah.

“ Awak tak buat salah pada saya tapi pada girlfriend saya and I think you should apologize on her not me.” Jawab Ammar sedikit angkuh. Kalau diikutkan hati dia memang tidak mahu masuk campur dalam urusan remeh temeh seperti itu tetapi memandangkan perkara itu telah mengundang kemarahan kekasih hatinya maka dia secara tidak langsung terpaksa masuk campur.

“ Tapi encik..saya dah..”

“ Diya, I’m your boss and I said now!” Ammar menekankan perkataan ‘now’ itu agar Mardiyah faham akan maksudnya.

Mardiyah memandang ke kiri dan ke kanan. Ramai mata sedang memandang ke arah mereka bertiga. Hati Mardiyah mendongkol marah pada dua makhluk yang hanya mahu memalukannya. Tak guna punya bos ikut sangat cakap girlfriend dia yang demand lebih ni. Aku dah mintak maaf tadi tak cukup lagi ke? Rungut Mardiyah dalam hati.

“ Apa yang awak tunggu lagi tu? nak kena saya ajarkan ke cara mintak maaf.” Sinis Ammar sambil disambut dengan gelak dari Lydia yang amat menyakitkan hati.

“ Saya minta maaf Cik Lydia.” Ucap Mardiyah. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain agar perasaan meluat dia terhadap dua insan ini tidak ketara sangat.

“ Kalau I tak terima maaf you macam mana?” soal Lydia seakan mencabar. Belum puas lagi dia membuli setiausaha teman lelakinya itu.

Mardiyah menarik nafas panjang. Ini dah lebih. Dah masuk kes buli ni. Korang ingat aku ni lembik sangat ke hah? Tak mengapa Encik Ammar, akan aku buktikan yang aku takkan tunduk pada kerenah korang yang sengaja nak mengenakan aku.

“ Cik Lydia yang camtik jelita, kalau cik tak nak maafkan saya. Ada saya kisah ke? Lantak ciklah yang penting saya dah minta maaf. Banyak pula cekadaknya.” Balas Mardiyah berani.

Jelas, Ammar terkejut mendengar kata- kata Mardiyah yang boleh tahan bisanya. Berubah kelat muka Lydia.

“ Awak jangan nak kurang ajar Diya.” Ammar memberi amaran. Melotot dia memandang wajah ayu milik Mardiyah yang selamba membalas pandangannya.

“ Encik Ammar, kat pejabat encik bolehlah nak memerintah saya tapi ini dah luar waktu pejabat, saya dah minta maaf tapi girlfriend encik ni banyak songeh betul. Tak nak maafkan saya sudah saya tak kisah. Anyway, encik jagalah awek encik yang cantik ni ajarlah dia adab- adab sopan sikit. Saya nak balik dulu. Assalamualaikum.” Ujar Mardiyah selamba dan tanpa menoleh dia melangkah meninggalkan Ammar dan Lydia yang terkedu.

Dalam hati Ammar terselit perasaan sakit hati kerana gadis itu seolah- olah telah mencabar ego lelakinya.



BAB 2

“ KENAPA dengan kau ni Diya? Aku tengok macam ada yang tak kena je sejak kau balik dari dari kerja tadi.” Tanya Quraisya sewaktu Mardiyah melabuhkan duduk di sebelahnya.

Mardiyah mengeluh berat. Entah apa yang melanda hatinya saat ini. Dia benar- benar tidak faham akan sikap Ammar yang seolah- olah ingin memusuhinya padahal baharu seminggu dia bekerja di situ. Boleh dikatakan apa yang dilakukan di pejabat itu tidak kena di mata majikkannya.

“ Aku tak fahamlah dengan bos aku tu sejak aku kerja kat situ ada aje yang tak kena pada mata dia. Aku dah buat sebaik mungkin dengan kerja aku tapi dia pandang aku macam tak puas hati. Mungkin sejak aku cari gaduh dengan awek dia minggu lepas dia jadi benci kat aku.” Luah Mardiyah.

“ Laa..yang kau cari pasal dengan awek dia kenapa? Mestilah dia bengang. Cuba kau cerita macam mana kau boleh cari pasal dengan awek dia tu?” tanya Quraisya seakan berminat dengan cerita Mardiyah.

Mardiyah menarik nafas sebelum dia menceritakan kejadian di Restoren KFC minggu lepas. Kejadian yang mungkin menimbulkan sakit hati pada Ammar sehingga dia dilayan sebegitu oleh Ammar.

“ Patutlah bos kau tak puas hati dengan kau dah kau cakap macam tu kat awek dia. Panaslah tu. Ada tak kau minta maaf dengan bos kau lepas kejadian itu?” tanya Quraisya lagi.

Dia mengelengkan kepala mendengar cerita Mardiyah. Entah apa kena dengan sahabat baiknya itu, dengan kekasih bos sendiri pun boleh cari gaduh. Diya, Diya…

“ Aku dah minta maaf banyak sekali masa kejadian, tapi dia banyak songeh sangat. Nak tunjuk lagak depan pakwe kesayangannya tu. Encik Ammar pun satu bukannya nak tegur sikap kurang ajar kekasihnya tu, malah dia turut sama buli aku. Sakit hati aku bila dia malukan aku macam tu.” Luah Mardiyah tidak puas hati.

Quraisya tersenyum mendengar cerita Mardiyah yang jelas tidak puas hati. Mardiyah yang terkenal dengan sikap lemah lembut boleh cari gaduh dengan teman wanita majikan sendiri. Memang sah ada yang tak kenalah tu. Quraisya dan Mardiyah telah berkawan bertahun lamanya. Segala perangai dan sikap Mardiyah berada di dalam poket Quraisya.

“ Memanglah dia kurang ajar dengan kau, tapi kau tak patut cakap begitu dengan dia tambahan pula dia tu awek bos kau. Itu cari penyakit namanya.” Balas Quraisya sambil menepuk peha teman baiknya.

“ Aku peduli apa. Siapa suruh dia kurang ajar sangat dengan aku? Aku bukannya malaikat yang tak ada perasaan marah, aku manusia biasa yang ada rasa malu bila dia malukan aku depan orang ramai macam tu.” luah Mardiyah.

“ Okey, okey aku faham. Sebenarnya aku pun geram juga dengar cerita kau tadi. Mentang- mentanglah dia cantik dia ingat semua orang akan sukakan dia. Daripada cerita kau, aku dapat agak yang bos kau sayang gila dekat awek dia tu kan? Siapa ek nama dia?”tanya Quraisya cuba mengalih topik perbincangan.

Mardiyah mencebikkan bibir. Rambutnya yang panjang disikat dengan jari jemari runcing. Matanya pula difokuskan pada skrin televisyen.

“ Nama dia Lydia Riyana. Memanglah dia cantik, modellah katakan. Model Hotel Saga. Kau tak nampak ke kalau dalam brochure Hotel Saga, muka dialah yang terpempan depan tu. Mungkin sebab kecantikkan dia yang buat Encik Ammar terpikat tapi sejauh mana sayangnya Encik Ammar pada Lydia, itu aku tak tahu.” Balas Mardiyah memberi penerangan.

“ Tapi kecantikan jika tak di warnai dengan budi bahasa yang elok tak cantik juga dipandang kan? Habis itu Encik Ammar itu pula macam mana orangnya?” tanya Quraisya semakin berminat mendengar cerita tentang kehidupan baharu temannya itu.

Mardiyah mengetuk dagunya.

“ Macam mana apa maksud kau?”

“ Dari segi rupa dialah. Kau ni buat- buat tak tahu pula.” Quraisya menyengih.

“ Rupa dia boleh tahanlah. Ala- ala Lee Min Ho.”

Selamba Mardiyah menuturkan kata sambil menjeling ke arah Quraisya yang kelihatan telah terlopong. Sedikit lagi mesti ada juruterbang lalat yang terjunam ke dalam mulutnya itu. Dia tahu sahabatnya itu memang kipas mati keras Lee Min Ho sejak menonton cerita Korea Boys Over Flower yang ditayangkan di TV dan seminggu selepas itu, Quraisya sanggup membeli set DVD kerana tergila- gilakan wajah Lee Min Ho yang sememangnya makhluk Tuhan paling kacak.

“ Wow, itu bukan tahap boleh tahan, tapi dah masuk taraf handsome tahap gaban. Untungnya kau Diya, dapat bos kacak macam tu. Kau tak cuba kenyit- kenyit kat dia ke?” seloroh Quraisya.

“ Kau gila? Aku bukan terdesak sangat sampai nak kenyit- kenyit mata bagai. Lagipun aku tak minat lelaki yang muka canggih sangat macam Encik Ammar tu. kalau boleh aku nak muka Melayu sejati macam Fizz Fairus ke, Aaron Aziz ke…”

“ Amboi selera besar nak yang handsome- handsome juga. Lastly, Encik Ammar juga yang jadi laki kau baru haru- biru hidup kau.” Tempelak Quraisya mematikan angan- angan Mardiyah untuk berdampingan dengan lelaki- lelaki kacak.

Mati terus senyuman Mardiyah apabila nama majikannya di sebut.

“ Eh, tolong sikit ek, minta selisih semua malaikat. Aku tak nak dan tak ingin dengan Encik Ammar tu. Tak ada dalam senarai tau…” Balas Mardiyah tidak mahu mengalah.

“ Ya ke? Jangan cinta bilang benci, jangan sayang bilang marah…” sempat lagi Quraisya menyanyikan lagu Radja tetapi liriknya diterbalikkan. Memang hancur jadinya.

“ Banyak kau punya bilang. Orang dah tak bilang sekarang, semuanya guna kalkulatorlah.” Balas Mardiyah disambut dengan ketawa Quraisya yang berdekah- dekah. Kalahkan Cik Ponti saja

 

 

MARDIYAH menggaruakan kepalanya yang dilitupi tudung berwarna jingga. Dia pelik apabila melihat sejambak bunga ros berwarna merah berada di atas meja kerjanya. Puas di pandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat orang yang meletakkan bunga itu tetapi hampa. Semua orang sibuk dengan kerja masing- masing.

Dia menarik sekeping kad yang terselit di celah bunga itu. Cantik tulisan tangan itu. Hai siaplah punya gerangan yang sanggup berhabis duit kasi aku bunga yang cantik ni. Desis hati Mardiyah.

Kepada Ainur Mardiyah,

Cantiknya nama awak secantik wajah awak. Sejak pertama kali saya melihat awak, hidup saya jadi tidak tenteram. Senyuman yang awak lemparkan amat menikam kalbu. Jika awak sudi, izinkan saya untuk mengenali diri awak dengan lebih mendalam lagi.

                                                                                                                             Daripada

Yang ikhlas terhadap mu.

Tiba- tiba kedengaran suara tawa Mardiyah yang meletus di kala waktu pejabat sedang sunyi. Semua kakitangan tercengang- cengang mendengar tawa Mardiyah yang kuat. Nampak lembut tapi bila ketawa mengalahkan anak jin Alfrit.

“ Kau ni kenapa Diya? Gelak macam anak jin tercekik tulang je.” Tanya Kak Izzah selaku kerani di pejabat itu.

Mardiyah mengesat sisa air matanya yang bergenang di tubir mata. Bukan kerana sedih tapi kerana terlalu banyak ketawa. Dia berpaling ke arah Kak Izzah yang sedang memandang wajahnya. Buzy body betul.

“ Kak Izzah tahu tak siapa yang hantar bunga ini pada saya?” Tanya Mardiyah selepas tawanya reda. Kad kecil itu diletakkan di atas meja lantas jambangan bunga itu dicapainya.

“ Tak tahu pula akak. Kenapa?”

“ Tak ada apa- apa kak. Cuma saya pelik, saya rasa saya ni cuma setiausaha je bukan penyanyi pun tapi ada juga yang minat nak bagi bunga dekat saya dah tu siap tulis kata- kata pujangga yang menyayat hati lagi. Gelilah saya Kak Izzah.” Ujar Mardiyah.

Kak Izzah menghampiri Mardiyah yang ayu berbaju kurung moden. Dia juga pelik apabila melihat jambangan bunga di atas meja Mardiyah pagi tadi tetapi dia ingatkan kekasih atau tunang Mardiyah yang berikan.

“ Akak nak tengok boleh?” pinta Kak Izzah sopan.

Mardiyah mengangguk dan memberikan kad tersebut pada Kak Izzah dan seperti jangkaan Mardiyah, Kak Izzah juga turut tergelak membaca coretan itu. Macam budak- budak sahaja pengirim itu.

“ Akak rasakan pengirim ini baru belajar nak bercinta kot. Ayat dia mengalahkan ayat- ayat cinta. Pengarah cerita Ayat- Ayat Cinta pun tak pernah terfikir ayat bombastik macam ni.”

Ternyata kata- kata Kak Izzah mengeletek hati Mardiyah untuk ketawa. Serentak ketawa mereka pecah berderai.

“ Kalau akak nak bunga ni akak ambillah. Saya tak nak.” Ujar Mardiyah kemudiannya.

“ Eh, tak naklah akak nanti terasa hati kekasih gelap Diya pula.”

Mardiyah tersengih. Lantas dia memberikan bungan tersebut kepada Kak Izzah. Sememangnya Mardiyah memang tidak suka menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenalinya. Dia lebih rela memberikannya pada orang lain.

“ Kak Izzah ni, saya tak ada kekasihlah. Gelap ke cerah ke memang saya tak ada.” Jelas Mardiyah bersama senyuman yang mekar di bibir mungilnya.

“ Kalau dah Diya cakap macam itu, Kak Izzah ambil jelah, lagipun bunga ni boleh Kak Izzah hiaskan dekat pantry.”

“ Apa yang bising- bising ni?” kedengaran suara dari arah belakang mengejutkan Kak Izzah dan Mardiyah yang asyik bersembang. Serentak mereka berpaling. Kelihatan Ammar sedang berdiri sambil menjinjing briefcase di tangannya. Hari ini lelaki itu kelihatan segak dengan kemeja berwarna oren lembut dipadankan dengan seluar sleck berwarna hitam dan tie yang berbelang oren dan hitam.

“ Saya tanya tak dengar ke?” ulang Ammar sambil meninggikan sedikit volume suaranya.

“ Tak ada apa- apa encik, ni hah Diya ni ada dapat bunga dari orang yang dia tak kenal. Siap hantar kad lagi.” Jelas Kak Izzah sambil tersenyum.

Ammar menjeling pada Mardiyah dan jambangan bunga itu silih berganti. Namun, Mardiyah yang menyedari jelingan itu hanya menayang muka selamba. Nak cakap yang aku tak layak dapat bungalah tu. bisik hati kecil Mardiyah.

“ Oh itu rupanya kak, saya ingatkan apa. Mungkin orang yang kasi bunga tu sakit mental kot bagi bunga dekat salah orang. Saya rasa bunga secantik itu layak untuk orang cantik macam Kak Izzah je.” Tempelak Ammar sambil tersenyum sinis. Wajah Mardiyah dipandang dengan persaan sebal.

Kak Izzah yang tidak mengesan sebarang apa- apa yang terjadi di antara Mardiyah dan Ammar hanya ketawa kecil mendengar gurauan Ammar di pagi yang mulia itu. Namun, pada Mardiyah yang cukup terasa dengan sindiran Ammar membuatkan telinganya berdesing. Dia sedar yang dia tidak mempunyai rupa yang cantik tapi itu bukan alasan untuk Ammar memperlekehkan dia.

“ Bunga itu memang layak untuk Kak Izzah sebab itu saya berikan. Betul juga cakap Encik Ammar, orang cantik je yang layak dapat bunga bukan orang macam saya ni yang hanya layak untuk orang gila. Tapi Kak Izzah saya lebih rela dengan orang gila daripada dengan orang yang tak gila tapi sombong, bongkak dan riak dengan apa yang dimiliki.” Balas Mardiyah.

Senyuman sinis dilemparkan khas untuk Ammar yang perasan bagus mentanglah dia tuan punya syarikat, ikut suka je nak cakap apa ingat aku tak ada perasaan ke. Bebel Mardiyah dalam hati.

Berubah terus wajah Ammar mendengar sindiran pedas yang sememangnya ditujukan untuk dirinya. Dia benar- benar tidak menyangka yang Mardiyah seberani itu melawannya. Sejak daripada peristiwa tempoh hari dia merasakan yang hatinya tidak menyukai Mardiyah namun dia tidak boleh berbuat apa- apa kerana kerja Mardiyah bagus dan tidak pernah mengecewakan. Kalau diikutkan hatinya yang membara ingin saja dia memecat Mardiyah namun dia masih terikat dengan kontrak.

“ Apa- apa jelah, akak nak pergi sambung buat kerja dulu. Terima kasih Diya. Encik saya mintak diri dulu.” Ucap Kak Izzah lantas berlalu meninggalkan dua insan yang sedang kepanasan menahan rasa amarah dalam diri.

Sebaik sahaja Kak Izzah hilang dari pandangan mata, Mardiyah terus duduk di kerusinya dengan riak yang selamba tanpa sedikit pun mempedulikan Ammar yang masih berdiri di situ. Memang tak ada perasaan betul Mardiyah ini. Dengan sengaja dia menyibukkan diri dengan kerjanya yang tidak pernah surut.

“ Kalau rasa nak kerja lama kat hotel ni better watch your mouth.” Nasihat Ammar berbaur amaran. Tanpa menunggu lama dia menapak ke dalam biliknya. Dia malas hendak bertekak dengan perempuan yang seperti Mardiyah itu. Buang masanya sahaja.

Mardiyah hanya mencebikkan bibir. Piiirraaaahh!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.